PARTI Warisan Sabah (WARISAN) akan menyerahkan surat perletakan jawatan ditandatangani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya.
Presidennya parti itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, salinan surat itu akan diserahkan juga kepada Yang di-Pertua Negeri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). untuk dipertimbangkan supaya kerusi DUN itu dikosongkan.
Tindakan itu susulan rakaman bukti video Hassan berikrar dan menandatangani surat yang menyebut jika beliau mengkhianati Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan menyertai parti politik lain atau meninggalkan parti sebagai ADUN Bebas, beliau akan meletak jawatan sebagai ADUN.
"Bukan ada paksaan, tidak ada tekanan kepada Hassan sebelum beliau menjadi wakil rakyat dan semua wakil-wakil rakyat kita memang kita memang diminta melafazkan janji selaku pimpinan bahawa jangan khianati perjuangan ini.
"Mereka tandatangan di hadapan peguam yang dilantik, ada saksi, ada peguam dan mereka tandatangan," kata Shafie.
Beliau sebelumnya mengadakan sidang akhbar bagi mengulas tindakan ADUN Sebatik itu yang mengumumkan sokongan terhadap Kerajaan Negeri Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Muhyiddin Yassin.
Hadir sama sama, Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking dan tiga Naib Presidennya iaitu Datuk Jaujan Sambakong, Datuk Peter Anthony dan Datuk Junz Wong.
Mohd Shafie dalam pada itu turut mendakwa semua wakil rakyat Warisan termasuk Hassan 'dibeli' dengan pelbagai tawaran termasuk wang berbilion ringgit oleh pihak lawan.
"Saya kesal masih ada menggunakan kaedah (membeli wakil rakyat) dengan membuat pelbagai tawaran wang, intimidasi dan tekanan untuk meninggalkan Warisan.
"Bukan setiap waktu, tetapi hampir setiap hari kadang-kadang ada orang yang nak panggil, ada orang hubungi. Kalau orang tak setuju, janganlah paksa. Kalau orang tak setuju, janganlah tekan. Kalau orang tak setuju, janganlah beli," katanya lagi.
Presidennya parti itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, salinan surat itu akan diserahkan juga kepada Yang di-Pertua Negeri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). untuk dipertimbangkan supaya kerusi DUN itu dikosongkan.
Tindakan itu susulan rakaman bukti video Hassan berikrar dan menandatangani surat yang menyebut jika beliau mengkhianati Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan menyertai parti politik lain atau meninggalkan parti sebagai ADUN Bebas, beliau akan meletak jawatan sebagai ADUN.
"Bukan ada paksaan, tidak ada tekanan kepada Hassan sebelum beliau menjadi wakil rakyat dan semua wakil-wakil rakyat kita memang kita memang diminta melafazkan janji selaku pimpinan bahawa jangan khianati perjuangan ini.
"Mereka tandatangan di hadapan peguam yang dilantik, ada saksi, ada peguam dan mereka tandatangan," kata Shafie.
Beliau sebelumnya mengadakan sidang akhbar bagi mengulas tindakan ADUN Sebatik itu yang mengumumkan sokongan terhadap Kerajaan Negeri Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Muhyiddin Yassin.
Hadir sama sama, Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking dan tiga Naib Presidennya iaitu Datuk Jaujan Sambakong, Datuk Peter Anthony dan Datuk Junz Wong.
Mohd Shafie dalam pada itu turut mendakwa semua wakil rakyat Warisan termasuk Hassan 'dibeli' dengan pelbagai tawaran termasuk wang berbilion ringgit oleh pihak lawan.
![]() |
Shafie turut kritik cubaan beli wakil rakyat |

0 Comments