KETUA Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos mengemukakan permohonan maaf secara terbuka seorang pemimpin DAP susulan kenyataannya berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).
Jamal, 50, membacakan kenyataan maaf kepada bekas menteri sains dan alam sekitar Yeo Bee Yin di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini sebahagian penyelesaian dalam tuntutan saman kerana memfitnah Yeo.
“Saya sekarang mengakui bahawa YB Yeo Bee Yin seorang yang jujur dan telus dalam pengurusan wang Skim Mesra Usia Emas.
“Saya ingin memohon maaf kepada YB Yeo Bee Yin atas kesilapan saya ini. Saya minta maaf, YB Yeo Bee Yin,” katanya di hadapan wartawan dan pegawai media yang lain.
Pada 14 Jun 2017, Yeo memfailkan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta daripada Jamal yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung penyalahgunaan dana kerajaan Negeri Selangor itu.
Dalam pernyataan tuntutan, Yeo yang juga ahli parlimen Bakri, mendakwa Jamal telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah pada 21 Mac 2017 dan kenyataan tersebut telah disiarkan oleh beberapa akhbar, portal berita serta di laman sosial Facebook milik Jamal.
![]() |
Jamal minta maaf dari Yeo Bee Yin |
Selain ganti rugi am sebanyak RM5 juta, Yeo memohon ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya mengulangi kenyataan tersebut
0 Comments