Ketua Menteri Pulau Pinang dah kena suntik


KETUA Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dilapor talah menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Ahad lalu.
 
Beliau menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Pulau Pinang (HPP) bersama 11 individu lain

Suntikan itu sebagai simbolik kepada bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat negeri.

Selain Kon Yeow,  Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P. Ramasamy, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Razak Jaafar dan Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang Datuk Dr Asmayani Khalib serta enam petugas perubatan awam negeri.

Simbolik pelancaran Imunisasi di Pulau Pinang


“Saya berharap fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang melibatkan lebih kurang 31,000 petugas barisan hadapan dapat disempurnakan.


“Pulau Pinang sudah menerima bekalan vaksin pertama (pada 21 Feb) dan akan terima lima lagi penghantaran melibatkan 62,000 dos bagi menyempurnakan fasa pertama ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.

Mengulas tentang pengalaman beliau hari ini, Chow berkata proses suntikan itu yang dikendalikan oleh Penyelia Jururawat HPP Matron Hafizah Hamzah, sangat lancar dan tidak menyakitkan.

Semua 12 individu yang menerima suntikan vaksin hari ini akan menerima dos kedua kira-kira 21 hari kemudian.

Post a Comment

0 Comments