HUBUNGAN antara Parti Amanah Negara (Amanah) dengan rakan sekutunya Parti KEADILAN RAKYAT di Johor kekal baik.
Pengerusi Amanah negeri, Aminolhuda Hassan berkata tindakan tiga bekas ADUN parti itu 'berhijrah' ke KEADILAN tidak menjejaskan hubungan kerjasama mereka dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana parti-parti dalam gabungan itu berpegang kepada prinsip setiakawan dan meletakkan kepentingan pengundi sebagai keutamaan.
"Tiada pergolakan Amanah dengan KEADILAN. HARAPAN Johor kini sedang berunding bagi pengagihan kerusi DUN dan Parlimen. Saya yakin dengan semangat setiakawan HARAPAN di Johor.
"Tindakan tiga ADUN dari Amanah yang menyertai KEADILAN tidak akan merencatkan usaha HARAPANmemberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, apatah lagi jika kami diberikan peluang pada PRU15 nanti," katanya dipetik laporan media.
Aminolhuda yang juga ADUN Parit Yaani sebelumnya mengulas tindakan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Amanah iaitu ADUN Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim; ADUN Serom, Dr Faizul Amri Adnan dan ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit bertindak keluar parti pada Sabtu untuk menyertai gabungan rakan sekutu mereka itu.
Mengulas lanjut beliau berkata, Amanah Johor menerima penjelasan diberika ADUN berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan, Khairuddin memutuskan untuk menyertai KEADILAN bagi mengintai peluang bertanding untuk kerusi Parlimen bersama parti itu.
Beliau dilapor mahu bertanding bagi merampas semula kerusi Parlimen Batu Pahat, yang kini disandang oleh Rashid Hasnon yang menyertai Bersatu selepas 'Langkah Sheraton'.
![]() |
Amanah Johor terima penjelasan ADUN terbabit |
"Saya tidak boleh kata apa-apa sebab itu pilihan mereka, cuma saya akan serahkan kepada Amanah Pusat bagi menentukan tindakan terhadap ADUN berkenaan," kata Aminolhuda.
0 Comments