KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) masih tidak memiliki nombor mencukupi untuk menguasai majoriti di Dewan Rakyat walaupun mendapat dua lagi sokongan Ahli Parlimen.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) membuat kenyataan itu dengan menegaskan bahawa pembangkang masih memiliki nombor yang diperlukan bagi membentuk kerajaan.
"Dengan dua (ahli parlimen) yang lompat dia masih minoriti.
"Saya nak tekankan jangan salah faham. Jauh jumlahnya kecil (sokongan MP kepada PN) banding dengan kita," katanya kepada pemberita di Port Dickson, Negeri Sembilan seperti dilapor media hari ini.
Kenyataan itu dibuat Anwar susulan tindakan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong, berpaling tadah dan menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin.
Sebagai rekod, KEADILAN sebelum ini mendedahkan ada usaha terdesak cuba menarik Ahli Parlimennya bagi menyokong Muhyiddin, yang telah hilang sokongan dua Ahli Parlimen Umno pada Januari lalu.
Dua Ahli Parlimen yang mengumumkan hilang kepercayaan kepada Muhyiddin ialah Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).
Muhyiddin sehingga kini masih dipersoalkan keasbahannya dalam Parlimen, jumlah sebenar sokongan diperolehinya masih belum diketahui secara jelas.
Umno sebelum ini dilapor bakal memutuskan hubungan dengan PN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang bakal diadakan.
Beberapa Ahli Parlimen dari Umno antaranya Presiden parrti itu, Ahmad Zahid hamidi, Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak, dan Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan walaupun belum secara terbuka menyatakan untuk menarik sokongan dari Muhyiddin dilihat sering tidak sehaluan dalam banyak perkara.
Mereka walaupun ketika ini masih dalam Kerajaan PN merupakan antara Ahli Parlimen yang didakwa berdepan pemotongan peruntukan kawasan parlimen diwakili mereka.
Sementara itu, Malaysiakini dalam laporannya berkata bahawa dimaklumkan sekutu Muhyiddin masih aktif 'berusaha untuk mendapatkan' sokongan ahli parlimen pembangkang dan dikatakan lebih ramai lagi akan mengikuti jejak dua Ahli Parlimen KEADILAN itu.
![]() |
Anwar dakwa Muhyiddin masih tak cukup sokongan |
Ketua Pembangkang itu sebelum ini berkata, PN sedang bergelut untuk mengekalkan kuasa mereka.