SEORANG pemimpin Umno melahirkan rasa simpati terhadap nasib kakitangan barisan hadapan yang masih bergelut melawan pendemik Covid-19.
Puad Zarkashi, melalui perkongsian di laman sosialnya berkata, nasib petugas hadapan tidak sama seperti seorang Timbalan Menteri kerajaan Muhyiddin yang baru-baru ini dilapor bercuti panjang untuk bersama keluarganya di New Zealand.
Berbanding menteri itu Puad berkata, paling lama petugas hadapan dapat bercuti ialah dua tiga hari saja dan ia mungkin hanya untuk melawat anak dan isteri yang berada di luar daerah tempat mereka bertugas.
"Santhara bagi alasan, dia mohon cuti dan kelulusan rentas sempadan ke New Zealand kerana mahu menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab.
"Apakah rakyat biasa yang dilarang melakukan rentas daerah atau negeri untuk melawat keluarga mereka (boleh) dianggap sebagai ibu bapa yang tidak bertanggungjawab?
"Mereka bukan mohon rentas negara," katanya sinis dalam satu kenyataan seperti dilapor portal berita tempatan.
Keberadaan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara Kumar mula menjadi perhatian selepas Ahli Parlimen Batu P Prabakaran membangkitkannya dengan merujuk kepada laporan Sarawak Report.
Santara kemudian tampil menjelaskan bahawa dia telah ke negara itu sebelum Perintah Kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dan selepas permohonan cuti selama 55 hari bekerja disokong Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pada 10 Disember dan diluluskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Disember.
Walau bagaimanapun Puad berkata, sebagai wakil rakyat seseorang itu perlu berada di kawasan yang diwakili sekerap mungkin, terutama ketika negara berdepan dengan wabak serta musim banjir seperti sekarang.
Kata Puad, Segamat juga tidak terlepas daripada kesan masalah tersebut.
Beliau turut menambah, ketika Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan, cuti semua menteri dan timbalan menteri dibekukan pada musim banjir.
Najib Razak pula katanya, membatalkan percutian dan terus ke Kelantan ketika negeri tersebut dilanda banjir besar pada 2014.
"Apakah jawatan timbalan menteri Wilayah Persekutuan tidak penting? Makin berleluasa amalan dua darjat di negara kita," katanya seperti dipetik laporan Malaysiakini.

![]() |
Puad terkenang nasib 'frontliner' |

0 Comments