Umno diramal bakal hadapi perang saudara


PARTI
Umno diramal menuju “perang saudara” yang akan menyaksikan parti itu berpecah-belah.

Itu pandangan seorang pemimpin DAP, Liew Chin Tong susulan keputusan Umno untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu dalam perkongsian di blognya percaya rentetan keputusan terbaharu itu, Umno bakal menyaksikan dua puak berebut kuasa dalam parti.

Ia jelasnya akan melibatkan pemimpin pro-Muhyiddin seperti Hishammuddin Hussein dan Annuar Musa dengan blok yang menyokong bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Ahmad Zahid Hamidi.

“Namun situasi yang paling mungkin berlaku adalah penentang Muhyiddin akan berjaya,” katanya sambil meramalkan akan berlaku penghijrahan beramai-ramai puak yang kalah kepada blok menyokong Muhyiddin.

Dalam tulisannya juga, Chin Tong meramalkan PAS, sekutu Umno dalam Muafakat Nasional (MN), akan terpaksa memilih antara MN atau PN yang dikepalai Muhyiddin.

Namun, beliau percaya selagi Presiden Abdul Hadi Awang masih menerajui parti itu, sebahagian besar pemimpin PAS akan bersama Muhyiddin.

“Akan ada beberapa pihak dalam PAS yang akan mendesak kerjasama dengan Umno namun mungkin sia-sia.”

Liew berpandangan sekiranya kemarahan pengundi Melayu dihalakan terhadap Muhyiddin, PAS nampaknya berpaut pada “kapal karam”.

“Ramai ahli dan penyokong PAS akan kebingungan, dan akan ada yang melompat,” katanya lagi.

Dipetik laporan FMT,  Liew berkata keputusan Umno membawa petanda tidak baik bagi kerajaan Perikatan Nasional, yang kini mendapati ia dalam bahaya, sama seperti yang dihadapi pentadbiran Najib Razak pada suku akhir 2017.

Namun apa sahaja yang ia lakukan tidak akan membantu  kerana pengundi sudah membuat keputusan untuk menyingkir kerajaan PN.

"Persoalan sekarang adalah, bagaimana pengundi akan melakukannya.

“Apa yang akan dilakukan oleh PPBM? Parti pemerintah ada kuasa dan wang. Ia tiada sokongan pengundi,” katanya.

Liew berkata Bersatu masih ada beberapa pilihan untuk kekal berkuasa, termasuk menarik wakil rakyat parti lain atau memanjangkan darurat.

Sebagai rekod, awal minggu ini, dua Ahli Parlimen pembangkang mengumumkan memberikan sokongan mereka kepada Muhyiddin.

Mereka ialah Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong.

 Kumpulan pro-Muhyiddin dijangka menang
Tindakan itu dilakukan ketika gesaan agar Parlimen segera bersidang dan Muhyiddin dilapor tidak ada lagi sokongan.

Pada Khamis, Natrah Ismail  (HARAPAN - Sikijang) mendakwa beliau cuba dipujuk agar berpaling tadah dan menyokong Muhyiddin dengan dijanjikan manfaat.

Namun beliau secara tegas menolaknya.



Post a Comment

0 Comments