PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) Negeri Sembilan tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman parti-parti komponennya.
Pendirian itu dinyatakan pengerusinya, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai mengulas laporan pada Khamis bahawa Pengurusan dan Pentadbiran Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan kini diambil alih oleh kepimpinan parti itu di peringkat nasional.
Kata Aminuddin, isu dalaman parti berkenaan perlu diselesaikan secara dalaman.
"Berhubung dengan isu dalaman Parti Amanah Negara (Amanah) kita tidak akan masuk campur, biarlah mereka selesaikan sendiri dan kita daripada dahulu menghormati apa juga keputusan parti masing-masing.
"Kita bukan sahaja menjaga parti tetapi keluarga HARAPAN, itu yang paling utama," katanya dalam satu sidang akhbar pada Jumaat.
Difahamkan, keputusan pengambilalihan pengursan dan pentadbiran itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah yang bersidang pada 7 Februari lalu.
Pngambilalihan itu adalah bersifat sementara sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, bagaimanapun faktor kenapa Amanah Negeri Sembilan diambil alih tidak dapat dipastikan.
![]() |
Tumpu perkukuh Pakatan Harapan |
Sementara itu, Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, sebagai sebuah keluarga dalam HARAPAN, pihaknya telah memberi nasihat supaya situasi berkenaan dapat dimurnikan dan menjadi lebih baik.
0 Comments