Tanzania kematian Presiden, berkabung 14 hari


TANZANIA
akan berkabung selama 14 hari dengan bendera dikibarkan separuh tiang susulan kematian Presidennya.

John Magufuli dilapor meninggal dunia di Dar es Salaam pada usia 61 tahun pada Rabu alibat komplikasi jantung.

Berita kematian Mugufuli disahkan Naib Presiden, Samia Suluhu Hassan selepas melalui pengumuman berita berkenaan di siaran televisyen tempatan, lapor BBC.
 
Sejak lebih dua minggu lepas  Maguduli dilapor tidak muncul di khalayak ramai, ia mengundang spekulasi mengenai tahap kesihatannya.

Sebelum ini, ahli politik pembangkang mendakwa mendiang dijangkiti Covid-19 tetapi berita itu tidak disahkan.

 Tanzania akan berkabung semalam 14 hari
Semasa hayatnya, Magufuli antara pemimpin Afrika yang skeptikal dengan rawatan moden untuk menangani Covid-19, sebaliknya menggesa rakyat beralih kepada rawatan herba dan amalkan doa-doa tertentu.

Berdasarkan perlembagaan Tanzania, Naib Presiden akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden baharu nanti untuk menghabiskan penggal lima tahun Magufuli yang bermula tahun lepas.


Post a Comment

0 Comments