KETUA Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan mengatur pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) SPRM Azam Baki.
Ia berhubung dakwaan sebelum ini bahawa ada sebahagian ahli Parlimen pembangkang ditawarkan ganjaran atau ditekan untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) termasuk dalam pendedahakan dibuat Ahli Parlimen selain Natrah Ismail (Sekijang) sebelum ini.
"Saya akan tulis (surat) kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki meminta pertemuan untuk jelaskan hal demikian.
“Selain Natrah, Padang Serai (M Karupaiya), Sungai Siput (Kesavan Subramaniam), Putatan (Awang Husaini Sahari), Miri (Michael Teo) memang sebut yang mereka terima ugutan atau dipelawa dengan pelbagai sogokan dan umpan untuk menarik sokongan mereka”, kata Presiden KEADILAN itu dalam satu sidang media semalam.
Memetik laporan media, Anwar turut menyentuh walau tidak menyebut secara khusus siasatan SPRM berkaitan Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar yang membawa kepada penangkapan kenalan akrabnya MA Tinagaran yang difahamkan pembantunya ketika menjadi Menteri.
"Dalam kes SPRM terbaru, memang nyata ia jadi senjata politik. Kalau lompat siasatan tangguh," dakwanya.
Untuk rekod, Xavier mengumumkan keluar dari KEADILAN untuk menyokong PN pada 13 Mac lalu, ia beberapa minggu selepas dikaitkan dengan siasatan yang dijalankan SPRM,
Sementara itu, Anwar mendedahkan bahawa beliau dan Xavier ada berjumpa seminggu sebelum pengumuman mengejut bekas Naib Presiden KEADILAN itu dibuat.
“Saya seminggu sebelum (umur keluar parti) itu. Dia jumpa saya dan sebut tentang masalah yang dia hadapi.
“Saya beritahu jangan risau, kami akan pertahankan. Dia (Xavier) juga ada kata berjumpa dengan seorang menteri kanan yang juga ugutnya,” dakwa Anwar lagi.

![]() |
Anwar dakwa Xavier beritahu diugut seorang menteri |

0 Comments