AHLI PARLIMEN Padang Serai M Karupaiya tampil mendakwa seorang individu bernama Azhar menghubunginya dengan membuat tawaran menyertai Parti Pribumi Bersartu Malaysia (Bersatu).
Dipetik laporan FMT, Karupaiya berkata, tawaran agar beliau melompat parti dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu disertai janji peruntukan untuk kawasan Parlimennya dan sogokan berupa kontrak.
Namun tegasnya beliau tidak akan melompat parti dan akan setia kepada pengundi di kawasannya dan perjuangan parti
“Ada orang ‘call’ saya dari Putrajaya, dia kenalkan diri sebagai Azhar. Saya tidak pasti nama samaran atau apa, saya tidak tahu.
“Dia ingin tawarkan saya sertai Bersatu. Dia kata akan bagi tawaran peruntukan yang lebih baik, kontrak dan sebagainya.
“Tetapi saya tolak, saya beritahu saya setia kepada parti,” katanya dipetik portal itu.
Jelas Karupaiya, ia bukanlah kali pertama individu berkenaan menghubunginya, dan yang terbaharu adalah pada Ahad lalu.
“Hari Ahad minggu ini, ini adalah kali kedua dia hubungi saya, pertama kali dia hubungi saya tidak berapa faham tentang apa yang dia katakan.
“Saya katakan saya tidak faham dan kena semak dahulu dengan Anwar berkenaan perkara ini,” katanya.
Semalam, Anwar dalam sidang media berkata akan mengatur pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) SPRM Azam Baki. Ia berkaitan tindakan pihak tertentu yang cuba menawar sogokan atau membuat ugutan bagi menarik sokongan Ahli Parlimen supaya menyokong PN.
Dalam sidang media itu juga, Anwar menyebut beberapa nama Ahli Parlimen yang memberitahu telah dihubungi dan ditawar untuk menyokong PN.
Selain Karupaiya, Anwar turut menyebut nama Ahli Parlimen Sungai Siput (Kesavan Subramaniam), Putatan (Awang Husaini Sahari), Miri (Michael Teo).
Seorang Ahli Parlimen KEADILAN, Natrah Ismail (Sikijang) sebelum ini mendakwa dihubungi dua ndividu yang cuba memujuknnya menyokong PN.
Sebagai rekod, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini mendedahkan taktik jahat melemahkan pembangkang dengan menawarkan sogokan atau ugutan supaya mereka menyokong PN.
Setelah perkara itu didedahkan, sehingga kini tiga Ahli Parlimen telah 'berpaling tadah' kepada PN.
Sementara itu, ketika ditanya mengapa beliau tidak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Karupaiya berkata, beliau tidak membuatnya kerana tidak dapat mengesahkan sama ada panggilan itu dibuat oleh individu sebenar atau hanya panggilan palsu.
Karupaiya bagaimanapun berkata, beliau khuatir sekiranya berlaku tindakan lanjut yang cuba memerangkapnya dengan aktiviti rasuah.
Katanya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada bila-bila masa.
“Saya takut juga, nanti ada yang ugut. Letakkan satu beg dalam kereta saya dan kata saya sudah ambil rasuah.
“Sekarang ini benda ini boleh berlaku. Saya tidak mahu macam itu, apa-apa benda boleh berlaku pada kita, bila-bila masa,” katanya dipetik.

![]() |
Karupaiya tak mahu belot dan khianati pengundi |

0 Comments