PEMIMPIN PAS yang kini Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan diingatkan agar tidak berselindung di sebalik Yang di-Pertuan Agong bagi mewajarkan tindakan kerajaan.
Bekas Menteri, Zaid Ibrahim berkata begitu sambil mempertikai motif kenyataan Takiyuddin bahawa Seri Paduka Baginda mempersetujui denda RM100,000 untuk penyebaran atau penghasilan berita palsu dibawah ordinan darurat.
Tegas Zaid, walaupun semua ordinan dibuat ketika tempoh darurat memerlukan persetujuan Agong, tidak bermakna ia seiring dengan pandangan peribadi baginda.
Beliau membayangkan komen berkenaan mungkin dibuat untuk memujuk mereka yang mengkritik undang-undang itu supaya berubah fikiran.
“Sekali imbas, inilah yang ingin disampaikan oleh meteri undang-undang kita.
"Kalaulah ini tujuannya, ia satu tafsiran yang salah dan sengaja untuk mendapat sokongan rakyat terhadap apa yang terkandung dalam ordinan itu. Ini sangat berbahaya,” katanya dalam hantaran di Facebook seperti tersiar dalam satu laporan media.
Pada Jumaat, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, persetujuan Agong itu bererti baginda mempersetujui kandungan ordinan berkenaan.
Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 itu memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mengekang apa yang disifatkannya sebagai berita tidak benar berhubung wabak Covid-19 dan darurat yang kuasanya.
Pihak yang terlibat dalam penerbitan dan penyebaran berita tidak benar boleh dihukum denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Pemain media tempatan dan antarabangsa mengkritik keputusan kerajaan memperkenal ordinan itu dan bimbang ia akan digunakan bagi menutup suara pengkritik.
Sementara itu, Zaid mengingatkan bahawa dalam sistem raja berpelembagaan, Agong bertindak atas nasihat Kabinet dalam melaksanakan tugas, manakala pandangan serta pendirian peribadi tidak menjadi penentu.
“Jika polisi dan peraturan tidak disokong rakyat malah dibenci, menteri tidak boleh mengatakan ia diluluskan Yang di-Pertuan Agong. Ahli politik tidak boleh berselindung dengan menggunakan Istana.
“Jika setiap kali Kabinet terpaksa menyebut nama Istana untuk mempertahankan dasar, maka Istana akan diheret ke kancah politik. Ini bukan lagi Raja Berpelembagaan. Ini boleh menjatuhkan martabat Raja-raja Melayu itu sendiri.” tambah bekas peguam itu.
Bekas Menteri, Zaid Ibrahim berkata begitu sambil mempertikai motif kenyataan Takiyuddin bahawa Seri Paduka Baginda mempersetujui denda RM100,000 untuk penyebaran atau penghasilan berita palsu dibawah ordinan darurat.
Tegas Zaid, walaupun semua ordinan dibuat ketika tempoh darurat memerlukan persetujuan Agong, tidak bermakna ia seiring dengan pandangan peribadi baginda.
Beliau membayangkan komen berkenaan mungkin dibuat untuk memujuk mereka yang mengkritik undang-undang itu supaya berubah fikiran.
“Sekali imbas, inilah yang ingin disampaikan oleh meteri undang-undang kita.
"Kalaulah ini tujuannya, ia satu tafsiran yang salah dan sengaja untuk mendapat sokongan rakyat terhadap apa yang terkandung dalam ordinan itu. Ini sangat berbahaya,” katanya dalam hantaran di Facebook seperti tersiar dalam satu laporan media.
Pada Jumaat, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, persetujuan Agong itu bererti baginda mempersetujui kandungan ordinan berkenaan.
Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 itu memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mengekang apa yang disifatkannya sebagai berita tidak benar berhubung wabak Covid-19 dan darurat yang kuasanya.
Pihak yang terlibat dalam penerbitan dan penyebaran berita tidak benar boleh dihukum denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Pemain media tempatan dan antarabangsa mengkritik keputusan kerajaan memperkenal ordinan itu dan bimbang ia akan digunakan bagi menutup suara pengkritik.
Sementara itu, Zaid mengingatkan bahawa dalam sistem raja berpelembagaan, Agong bertindak atas nasihat Kabinet dalam melaksanakan tugas, manakala pandangan serta pendirian peribadi tidak menjadi penentu.
![]() |
Ahli politik tak boleh berselindung balik istana |

0 Comments