KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada kebijaksanaan rakyat bagi menilai tindak tanduk menteri kanan perdagangan antarabangsa dan industri, Mohammed Azmin Ali.
Dipetik wawancara disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini Presiden KEADILAN itu berkata, beliau memilih untuk mengabaikan serangan Azmin terhadap dirinya kerana enggan mengambil serangan itu secara peribadi.
Malah tegas Anwar, tumpuan dan keutamaannya ketika ini adalah perjuangan politik dan usaha mengukuhkan Pakatan Harapan.
“Saya ini tiada ‘personal’ sangat, kalau tengok kenyataan yang mana dia serang saya berulang kali, saya tak jawab pun,” katanya dalam temu bual yang
“Orang boleh nilai. Jadi biar rakyat yang hukum, tapi bagi saya, kembali kepada landasan.
“Saya nak fikir lebih baik kita tumpu kepada rakyat, sebab kita tak boleh perbodohkan rakyat.” katanya dipetik wawancara itu.
Sebagai rekod, Azmin merupakan individu penting dalam 'Langkah Sheraton' yang digerakkan tahun lalu, langkah itu yang menyaksikan beberapa Ahli Parlimen sekutu Azmin meninggalkan parti itu sehingga menyebabkan kerajaan HARAPAN yang dipilih rakyat melalui pilihan raya menjadi lemah dan akhirnya tumbang.
Ia kemudian diganti oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Muhyiddin Yassin.
Penyokong pembangkang menganggap Azmin dan sekutunya sebagai 'pengkhianat'.
Sementara itu, Anwar ketika mengulas isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang dikaitkan dengan beberapa bekas pemimpin parti itu berkata, ketika di penjara, beliau melihat tindak-tanduk politik sesetengah pihak.
“Namun, saya akui kelemahan saya untuk mengawal kerana masa itu saya masih dipenjarakan.
“Masa di penjara, orang di luar bina kekuatan, bina kekayaan. SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) masa PH (HARAPAN) itu tak nampak kerana mereka hanya tumpu kepada Umno dan 1MDB.
“Jadi, yang gajah depan mata itu semua ditolak.” tambahnya.
![]() |
Rakyat bijak menilai, kata Anwar |
“Itu bertentangan prinsip KEADILAN dan HARAPAN.
“Jadi, bagi saya, dia (Azmin) dah pilih, biarkan. Kita tumpu perhatian kukuhkan parti, dan belajar daripada pengalaman kita.
“Jangan mudah percaya orang yang beri janji dan bermuka-muka.” tegasnya lagi.
0 Comments