PERSATUAN Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) membidas penguatkuasaan Ordinan berkaitan "berita palsu" pengisytiharan darurat dan Covid -19.
Melalui satu kenyataan, Proham berkata, Ordinan yang diperkenalkan tanpa melalui sidang parlimen boleh memberi kesan terhadap prosedur jenayah sedia ada dan melanggar hak individu mendapatkan perbicaraan yang adil, kata
"Ordinan Darurat tersebut memberikan kuasa yang berlebihan kepada pihak berkuasa dan juga menjauhkan diri dari undang-undang bukti biasa yang bersangkutan kerana ia telah melanggar hak untuk perbicaraan yang adil," katanya mereka.
Kerajaan diketuai Muhyiddin Yassin menguatkuasakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 pada 12 Mac.
Ordinan tersebut difahamkan memberikan definisi tersendiri mengenai bagaimana sesuatu bukti dikendalikan di mahkamah.
Ini termasuk membenarkan bukti yang diperoleh dengan apa cara sekalipun untuk diterima, membenarkan bahan alternatif bagi bukti yang tidak dikemukakan di mahkamah dan menerima salinan dokumen yang bertentangan dengan yang asli.
Tindakan kerajaan memperkenal Ordinan tersebut dikecam kesatuan kewartawan dalam dan luar negara.
Sementara itu, Proham berkata tafsiran "berita palsu" terlalu luas dan boleh menyebabkan ia disalahguna.
"Tambahan pula, definisi berita palsu tidak dijelaskan dengan jelas dan terlalu luas yang melanggar hak asasi manusia yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.
![]() |
Definasi berita palsu dianggap terlalu luas |
"Lebih-lebih lagi, ada peruntukan undang-undang yang cukup iaitu, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang dapat digunakan untuk mengatasi kesalahan informasi dan oleh itu, tidak ada keperluan untuk Ordinan Darurat yang baru ini," jelas kenyataan dikeluarkan Pengerusi Proham, Michael Yeoh, timbalan pengerusinya, Denison Jayasooria, setiausaha agungnya Khoo Ying Hooi dan ahli exco, Kuthubul Zaman Bukhari.
0 Comments