TINDAKAN Ahli Parlimen pembangkang yang meninggalkan parti mereka dan menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin hanya akan membawa lebih banyak cabaran kepada Perikatan Nasional (PN).
Pandangan itu disuarakan Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin.
Jelasnya, strategi PN menerima Ahli Parlimen dari parti lain tidak akan memperkasakan gabungan itu, sebaliknya hanya menunda kejatuhannya daripada kuasa.
Malah kontroversi membabitkan Ahli Parlimen yang diterimanya itu hanya akan membebankan PN.
“PN sekarang menjadi perikatan dengan dukungan pelbagai individu bermasalah. Percayalah, mereka ini hanya ingin menyelamatkan diri mereka dan bukan PN,” kata bekas menteri besar Johor itu.
Sebagai rekod, seorang Ahli Parlimen yang mengumumkan keluar parti dan menyokong kerajaan Muhyiddin adalah Xavier Jayakumar.
Xavier meletak jawatan sebagai naib presiden dan ahli KEADILAN minggu lalu. Beliau mengumumkan menjadi Ahli Parlimen bebas yang menyokong PN di kawasan Kuala Langat.
Bulan lalu, Xavier diakitkan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan seorang incdividu yang pernah bertugas sebagai pegawainya.
Portal MalaysiaNow yang didakwa pro kepada PN dalam laporannya pada 16 Febuari lalu berkata, SPRM turut merampas RM1.2 juta daripada rumah dan pejabat individu yang pernah menjadi pegawai tugas-tugas khas kepada Xavier itu.
Akaun bank milik individu dan syarikat dengan wang berjumlah RM77 juta turut dibekukan.
KEADILAN sebelum ini mendedahkan dan mengecam tindakan cuba 'membeli' sokongan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) melalui 'tawaran dan ugutan'.
Dakwaan itu disokong pendedahan Ahli Parlimen Sikijang, Natrah Ismail yang berkata dihubungi dua individu termasuk bergelar 'Datuk Seri' yang cuba memujuknya keluar parti dan menyokong Muhyiddin Yassin.
![]() |
PN tiada matlamat perjuangan yang jelas |
Beliau berkata, PN ditubuhkan tanpa ideologi dan kejelasan perjuangan.
“Semua ini adalah ramuan untuk kegagalan yang pasti.” tegasnya.
0 Comments