KETUA Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa menjangkakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang bakal mencatat sejarah paling kotor.
Dipetik laporan Malaysiadateline, Fariz yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Pengelola parti KEADILAN bimbang berlaku sogokan kewangan, projek, ugutan serta salah guna kuasa termasuklah membabitkan agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan.
Jelasnya, perkara itu akan dilakukan ahli-ahli politik tertentu yang rakus untuk berkuasa dan ingin kekal berada dalam tampuk pemerintahan.
Bagi mereka jelas Fariz akan menghalalkan apa juga cara bagi mencapai matlamat mereka.
“Tidak dapat dinafikan ramai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan diminta menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri PN melalui sogokan wang, ugutan dan tekanan melalui agensi-agensi tertentu tanpa merasa kesusahan dan kesengsaraan rakyat.
“Mereka mempergunakan kesukaran rakyat terutamanya dalam suasana pandemik Covid-19 sebagai alat untuk memperolehi sokongan rakyat dengan cara yang jelek dan menggunakan wang serta material untuk membeli seberapa banyak undi yang boleh.
“Maka akan bertaburanlah ‘Kepala Agong’ yang akan dijadikan bahan kempen. Budaya politik lama akan terus kekal relevan bagi mereka yang mengkhianati mandat rakyat dan yang penting untuk mereka hanyalah undi.
"Sebaliknya hanya rakyat yang berprinsip sahaja akan terus kekal utuh,” katanya dipetik.
Mengulas lanjut beliau turut berkata bahawa mereka yang telah mabuk kuasa tahu bahawa mereka telah merampas kerajaan secara jijik dan rakyat pada hari ini melihat para pengkhianat serta ‘katak-katak politik’.
Namun beliau yakin rakyat mampu untuk membuat keputusan yang terbaik pada pilihan raya akan datang samada mengekalkan ahli-ahli politik yang korup untuk terus berkuasa atau pun sebaliknya.
"Pengalaman PRU 14 mencatat sejarah apakala rakyat mampu menumbangkan kerajaan korup yang gayat mengamalkan kleptokrasi kerana ‘suara rakyat, suara keramat’" jelasnya lagi.
Dipetik laporan Malaysiadateline, Fariz yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Pengelola parti KEADILAN bimbang berlaku sogokan kewangan, projek, ugutan serta salah guna kuasa termasuklah membabitkan agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan.
Jelasnya, perkara itu akan dilakukan ahli-ahli politik tertentu yang rakus untuk berkuasa dan ingin kekal berada dalam tampuk pemerintahan.
Bagi mereka jelas Fariz akan menghalalkan apa juga cara bagi mencapai matlamat mereka.
“Tidak dapat dinafikan ramai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan diminta menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri PN melalui sogokan wang, ugutan dan tekanan melalui agensi-agensi tertentu tanpa merasa kesusahan dan kesengsaraan rakyat.
“Mereka mempergunakan kesukaran rakyat terutamanya dalam suasana pandemik Covid-19 sebagai alat untuk memperolehi sokongan rakyat dengan cara yang jelek dan menggunakan wang serta material untuk membeli seberapa banyak undi yang boleh.
“Maka akan bertaburanlah ‘Kepala Agong’ yang akan dijadikan bahan kempen. Budaya politik lama akan terus kekal relevan bagi mereka yang mengkhianati mandat rakyat dan yang penting untuk mereka hanyalah undi.
![]() |
Fariz jangka PRU15 jadi paling kotor |

0 Comments