PARTI DAP dilapor akan menawarkan bantuan khidmat guaman percuma kepada individu yang dikenakan denda RM10,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng yang dipetik laporan media berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri terhadap tindakan kerajaan yang mengenakan kadar kompaun yang dilihat keterlaluan itu.
"Kita tidak hanya akan berdiam diri. Kita akan lawan. Kepada mereka yang didenda kerana gagal mendaftarkan diri menerusi aplikasi MySejahtera...
"Terdapat juga kes individu didenda kerana tak pakai pelitup muka ketika makan, saya dah cakap sebelum ini tetapi DAP akan bantu sokong mereka yang dikenakan kompaun.
“DAP akan sediakan perkhidmatan bantuan guaman percuma dan saya nak puji DAP Perak kerana menerajui usaha ini. Kita akan teruskan sehingga ke peringkat nasional,” kata Lim pada ucapan pembukaannya di Konvensyen DAP Perak di Ipoh minggu lalu.
Mengumumkan hal tersebut hari ini, Lim mengkritik kerajaan kerana meminda undang-undang berkaitan denda tersebut tanpa melalui parlimen.
Sebagai rekod, individu yang melanggar SOP Covid-19 sebelum ini dikanakan denda RM1,000, namun melalui pindaan ordinan darurat kadar denda bagi kesalahan itu dinaikkan kepada 10 kali ganda mulai 11 Mac lalu.
Dakwanya, sekiranya pindaan ini dibahaskan di Dewan Rakyat, ia tidak akan diluluskan.
“Ini menunjukkan betapa pentingnya undang-undang dibahaskan dan diluluskan dalam Parlimen, selain (diluluskan) oleh perdana menteri.
“Kerana jika ini dibahaskan dalam parlimen, kami tidak akan sokong. Saya percaya anggota parlimen daripada kerajaan juga tidak akan bersetuju jumlah kompaun besar ini.
“(Jika) gagal daftar diri dalam MySejahtera (kena denda) RM10,000. Gagal memakai pelitup muka? RM10,000. Tetapi mengapa menteri gagal pakai pelitup muka, tiada tindakan terhadap mereka,” soalnya.
Terdahulu, sewaktu konvensyen tersebut, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mengumumkan jawatankuasa negeri telah membentuk pasukan bantuan guaman yang terdiri daripada 11 peguam untuk membantu mereka yang dikenakan denda RM10,000.
Nga turut menyifatkan jumlah denda baru itu sebagai "zalim," dan meminta sesiapa yang tidak mampu membayar denda itu atau percaya telah dikenakan kompaun scara 'tidak adil'.
![]() |
DAP dan Amanah tawar khidmat nasihat guaman |
Menurut Unit Tindakan Jenayah Kanun orang ramai yang telah dikenakan kompaun boleh mendapatkan nasihat guaman percuma dengan menghubungi wakil KANUN iaitu Hazwan di talian 013-6680072 dan Marwan di talian 011-31240378.
Khidmat serupa turut ditawarkan KEADILAN Johor,
Timbalan Pengerusinya Jimmy Puah berkata, khidmat guaman diberikan itu bagi memastikan nasib rakyat terbela.
“Tidak menjadi kesalahan apabila kerajaan menguatkuasakan sesuatu hukuman bertujuan mendidik rakyat agar mereka patuh kepada undang-undang.
“Tetapi kerajaan juga perlu mengambil kira keadaan semasa rakyat yang terhimpit dengan masalah ekonomi seperti kehilangan kerja, pendapatan dipotong atau perniagaan merosot kesan daripada pandemik Covid 19,” katanya.
0 Comments