KEADILAN mendakwa mempunyai bukti bagi menyokong dakwaan bahawa ada usaha untuk menyogok ahli Parlimen pembangkang terutama dari KEADILAN agar menyokong Perikatan Nasional (PN)
Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail berkata dia akan berusaha mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki bagi menyerahkan bukti bagaimana sogokan itu dibuat.
"Dalam masa terdekat saya sebagai setiausaha agung KEADILAN akan tulis (surat) kepada ketua pesuruhjaya SPRM dan mohon untuk mengadakan pertemuan dengannya.
"Kalau (Azam) sedia bekerjasama, saya akan beri beberapa pembuktian bagaimana cubaan sogokan ini sedang berjalan," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, hari ini.
Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail minggu lalu mendakwa dia menerima tawaran untuk menukar sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Susulan itu, SPRM mengeluarkan kenyataan menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan tawaran seumpama itu untuk membuat laporan.
Natrah membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaanya semalam, SPRM dalam kenyataan menyatakan Natrah menafikan ada ditawarkan RM10 juta.
Walaubagaimanapun Saifuddin membidas kenyataan SPRM itu dan mengingatkan supaya agensi itu tidak dijadikan "alat" untuk menampung apa yang disifatkannya sebagai kerajaan yang rapuh.
"Sejak dari awal, dia tak pernah sebut RM10 juta. Soalan saya, dari mana SPRM petik RM10 juta itu?
"Kalau dia ke pejabat SPRM, dan ditanya sama ada ditawarkan jumlah itu, sudah tentu dia jawab tidak. SPRM pula terus nafi yang dia ditawarkan RM10 juta," katanya la
Sementara itu, Anwar yang turut berada dalam sidang media itu mendakwa kerajaan PN sudah begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan ahli Parlimen pembangkang.
![]() |
Saifuddin dakwa ada bukti |
"Hubungi mereka (ahli Parlimen), takutkan mereka. Ini kerana mereka sudah hilang sokongan majoriti," katanya dipetik.
0 Comments