HARAPAN sudah mula rancang strategi hadapi PRU-15


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa gabungan itu sudah memulakan proses rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu dalam satu sidang media semalam berkata, HARAPAN turut mengambil kira beberapa perkara termasuk cadangan dikemukakan Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO).

"Majlis Presiden HARAPAN telah putuskan beberapa perkara, termasuk kerjasama jentera pilihan raya dan untuk memulakan rundingan kerusi melibatkan parti komponen HARAPAN terutamanya, dan juga mengambil kira peruntukan untuk parti rakan yang lain.

"Tetapi pada tahap ini, kita akan lantik seorang jurucakap," katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkenaan cadangan UPKO yang merupakan parti pembangkang tetapi tidak termasuk dalam gabungan tersebut.

Dalam sidang media sama, Anwar juga tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan parti Umno pada PRU15.

Walaupun menurutnya isu itu tidak berbangkit ketika ini, namun mana-mana pihak yang mahu menjalin kerjasama bersama gabungan itu tegasnya perlu menerima prinsip dibawakan gabungan tersebut.

"Soal kerjasama dengan mana-mana pihak tak berbangkit setakat ini.

"Jelas kita dukung siapa saja yang boleh terima kita (HARAPAN) untuk dukung tadbir urus yang baik, tolak rasuah, tolak segala bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa, dan jaga (hak) orang Melayu, bumiputera dan semua kaum," katanya.

Anwar ditanyakan kesediaan parti itu menjalin kerjasama dengan Umno susulan pengumuman Umno minggu lalu bahawa pada minggu lalu untuk parti itu tidak akan meneruskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU15.

 Seorang jurucakap bakal dilantik
Sementara itu Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil yang ditemui media berkata, rundingan kerusi antara parti komponen HARAPAN telah mencapai "peringkat selanjutnya" (advanced stage).

Pada tahap ini jelasnya , mereka memberi tumpuan kepada parti dalam gabungan itu sebelum mengadakan perbincangan dengan parti pembangkang lain.


Post a Comment

0 Comments