CADANGAN kelas dalam talian karate oleh Wanita MCA dalam usaha memerangi keganasan rumah tangga disifatkan sebagai disifatkan sebagai “menyimpang”.
Bekas Menteripembangunan wanita, keluarga dan masyarakat , Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, “setiap wanita harus memiliki sedikit pengetahuan mengenai mempertahankan diri”, tetapi menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga memerlukan lebih banyak usaha.
Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu berkata demikian pada pelancaran kempen “Community Alert” Wanita KEADILAN dan aplikasi mudah alih “Rakan Komuniti” sempena Hari Wanita Sedunia.
Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie baru-baru ini mengajukan cadangan karate itu pada perhimpunan agung partinya pada hujung minggu lalu.
Kelas tersebut bakal diadakan secara dalam talian selama lapan jam.
Bagaimanapun, cadangan itu dan disifatkan sebagai “pelik, lucu, dan tidak bertanggungjawab”.
Sementara itu, bekas timbalannya, Hannah Yeoh menyifatkan cadangan itu bukti bahawa MCA bukanlah mahir mengendalikan isu keganasan rumah tangga.
![]() |
Hannah gesa PN buat kerja betul-betul |
“Boleh tak kerajaan PN ini buat apa-apa kerja dengan betul? Saya pun ada (mendapat) latihan pertahanan diri (satu peringkat lagi nak dapat tali pinggang hitam), tapi saya tak syorkan penyelesaan macam ni. Tolong dapatkan bantuan profesional,” katanya di Facebook.