KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) didesak menarik balik Ordinan Darurat terbaharu yang menetapkan denda sehingga RM100,000 untuk berita yang dianggap palsu
Gesaan itu dibuat badan wartawan antarabangsa terbesar dunia.
Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ), yang mewakili lebih daripada 600,000 wartawan di 140 negara, berkata peraturan baharu oleh PN itu adalah “ancaman besar” terhadap kebebasan media.
“Ia adalah penyalahgunaan kuasa darurat Covid-19 oleh kerajaan Malaysia untuk melaksanakan undang-undang yang akan menyekat hak masyarakat untuk mengetahui dan mengancam kemampuan wartawan untuk melaporkan secara bebas dan adil.
“IFJ dan sekutunya, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (Semenanjung Malaysia) mengutuk sekeras-kerasnya keputusan untuk melaksanakan ordinan berita palsu baharu itu sebagai ancaman besar terhadap kebebasan media dan menyeru ia segera ditarik balik,” kata mereka dalam satu kenyataan media.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah dalam satu sidang media berkata, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 hanya akan menumpukan kesalahan berkaitan wabak Covid-19 dan proklamasi darurat.
Melalui Ordinan itu “berita palsu” didefinasikan sebagai berita atau maklumat yang “adalah sepenuhnya atau sebahagiannya salah berkaitan dengan Covid-19 atau pengisytiharan darurat”.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan yang bersama dalam sidang media itu turut berkata, dakwaan bahawa kerajaan mendapatkan pengisytiharan darurat kerana telah hilang majoriti di di Dewan Rakyat dianggap sebagai satu kesalahan.
Pelaksanaan Ordinan itu mengundang kritikan ahli politik, kumpulan media dan peguam, yang menyatakan kebimbangan pelaksanaan ordinan itu akan menyekat hak dan kebebasan awam untuk bersuara.
![]() |
IFJ kutuk keputusan kerajaan |
BACA: Kumpulan wartawan bimbang ordinan baru diguna untuk diamkan pengkritik
BACA: Dakwaan k'jaan isytihar darurat kerana hilang majoriti dianggap kesalahan
Sementara itu, IFJ turut meminta kerajaan menjelaskan motif sebenar pelaksanaan undang-undang itu, sekiranya ia tidak bertujuan untuk menyekat suara media.
0 Comments