KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) berkata, Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 dikuatkuasakan bagi mengekang berita palsu.
Walau bagaimanapun Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah dipetik laporan media berkata, ia hanya akan menumpukan kesalahan berkaitan wabak Covid-19 dan proklamasi darurat.
Bekas Ahli Parlimen KEADILAN yang berpaling tadah susulan 'Langkah Sheraton' itu turut menjelaskan bahawa kesalahan tersebut tidak akan diletakkan di bawah akta-akta lain seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) atau Akta Hasutan.
"Hasrat kami hanyalah untuk mengawal penyebaran berita palsu berhubung dua perkara secara khusus, iaitu Covid-19 dan proklamasi darurat," katanya.
Ordinan itu yang diwartakan kerajaan dilihat memberi kuasa besar kepada kerajaan terhadap berita yang disifatkan tidak benar.
Ia mengundang kebimbangan beberapa pihak termasuk Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) bahawa ia mungkin digunakan bagi menutup kritikan terhadap kerajaan.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago pula berpendapat ia sebagai langkah kerajaan untuk mengawal naratif di media.
Menerusi ordinan itu, pihak yang terlibat dalam penerbitan dan penyebaran berita tidak benar boleh dihukum denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Ia juga memberi kuasa kepada polis - tertakluk kepada kuasa mahkamah - antaranya untuk menghapuskan berita tidak benar selain mendapat akses terhadap data berkomputer termasuk kata laluan.
![]() |
Boleh didenda sehingga RM100,000 |
"Ia satu kesalahan, bagi saya ia satu kesalahan," kata Setiausaha Agung PAS itu dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
0 Comments