AHLI PARLIMEN Padang Rengas, Nazri Aziz percaya kerajaan tidak mahu mengadakan sidang Parlimen kerana tidak mempunyai sokongan mencukupi.
Pandangan itu disuarakan Nazri dalam satu laporan yang dipetik dari portal FMT bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan pada Rabu bahawa masih tiada lagi keperluan untuk sidang Parlimen diadakan ketika tempoh darurat.
“Saya percaya kerajaan mempunyai alasan politik tidak mahu Parlimen bersidang kerana mereka tidak stabil," katanya dipetik sebahagian laporan itu.
Takiyuddin ketika memberi alasan mengapa jemaah menteri tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya sidang Parlimen diadakan berkata, keputusan tersebut juga dibuat dengan mengambil kira faktor kesihatan khususnya hampir separuh daripada Ahli Parlimen merupakan golongan berisiko berdasarkan umur mereka.
Bagaimanapun, alasan diberikan pemimpin PAS itu dianggap dangkal dan jelas bercanggah dengan titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai.
Kenyataan Takiyuddin itu turut menarik perhatian bekas Menteri Undang-Undang, Zaid Ibrahim.
BACA: Anwar dakwa Muhyiddin masih tak cukup 'nombor'
Menurut Zaid, pengumuman Takiyuddin itu sebagai keputusan yang salah dan memberikan gambaran tidak baik terhadap kerajaan.
Ia juga tegasnya akan menjadi petanda buruk untuk negara, jika kerajaan tidak mematuhi undang-undang, khasnya perlembagaan.
![]() |
Nazri yakin PN tak stabil |
“Jadi, kenapa anda begitu takut untuk mengadakan sidang (Dewan Rakyat)?"soalnya.
0 Comments