Gempa menakutkan, New Zealand keluar tiga amaran tsunami


AGENSI 
Pengurusan Kecemasan Nasional (NEMA) New Zealand hari ini mengeluarkan amaran tsunami kali ketiga berturut-turut.

Amaran itu dikeluarkan ekoran gempa dengan kekuatan 8 pada skala Richter yang yang menggegarkan sekitar Kepulauan Kermadec, kira-kira 1,100 kilometer (km) ke utara Pulau Utara New Zealand kira-kira jam 8.25 pagi waktu tempatan.

Sebelumnya, gempa berkekuatan 7.1 melanda pada 2.27 pagi waktu tempatan kira-kira 95 km ke timur Te Araroa, titik paling timur laut Pulau Utara New Zealand, menyebabkan gegaran "kuat" dan mencetuskan amaran tsunami

Ia disusuli gempa berkekuatan 7.4 menggegarkan Pulau Raoul, pulau terbesar di Kepulauan Kermadec, pada 6.41 pagi waktu tempatan.

Gempa tersebut disifatkan penduduk tempatan sebagai "menakutkan" dan "paling kuat pernah dirasakan".

Bahagian pantai termasuk di utara dan timur Pulau Utara anatara yang terjejas dengan  erkhidmatan kereta api dihentikan dan laluan melintasi bahagian timur Pulau Utara ditutup untuk pemeriksaan landasan.

 Gempa dianggap sebagai sangat menakutkan
Menurut NEMA, “Gelombang pertama mungkin bukan yang terbesar. Aktiviti tsunami akan berterusan selama beberapa jam dan ancaman itu berterusan sehingga amaran ini dibatalkan. "

NEMA meminta penduduk setempat segera mencari perlindungan di kawasan lebih tinggi, beredar dari semua zon evakuasi tsunami, tidak berada di rumah sehingga dimaklumkan NEMA, lapor Agensi Berita Xinhua.
 

 

Post a Comment

0 Comments