PIHAK berkuasa digesa mengambil tindakan terhadap layanan dua darjat yang diberikan kepada orang kenamaan berbanding rakyat jelata dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan.
Melalui satu kenyataan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkata, siasatan terhadap orang kenamaan termasuk menteri yang didakwa melanggar SOP perlu dijalankan dan proses serta hasil siasatan mengenainya perlu didedahkan kepada orang ramai secara telus dan adil.
"Setakat 14 Mac ini, seramai 458 orang awam dikenakan tindakan dengan 438 daripadanya disaman, tujuh direman dan 13 dilepaskan dengan jaminan.
"Rakyat melanggar SOP dikenakan saman RM10,000. Pada 13 Mac dilaporkan satu pasangan dikenakan kompaun maksimum kerana tidak memakai pelitup muka walaupun membukanya untuk makan dan minum.
"Tindakan yang segera dan berat bagaimanapun tidak dikenakan ke atas golongan menteri dan ahli politik.
"Tindakan pihak berkuasa yang tidak konsisten dalam penguatkuasaan pematuhan SOP menonjolkan ketidakadilan dan sifat zalim ," kata Muda.
Susulan itu, Muda juga akan melancarkan satu laman sesawang - lapormenteri.com - untuk mengumpul segala aduan dan maklumat berkaitan golongan kenamaan yang melanggar SOP.
"Laman ini akan memuatkan semua pelanggaran SOP untuk dipamerkan kepada orang ramai dan untuk dibawa ke perhatian pihak berkuasa," kata mereka lagi.
Sebelum ini tindakan beberapa menteri yang didakwa melanggar SOP menjadi kritikan orang ramai.Ada antara mereka dikesan melanggar SOP PKP termasuk tidak memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan merentas negeri ke kawasan PKP Bersyarat (PKPB).
Ia termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa yang gambarnya duduk di dua meja besar bersama enam yang lain dan kebimbangan bahawa Muhyiddin Yassin dan anggota kabinetnya mungkin telah melanggar prosedur operasi standard (SOP), sekembalinya rombongan Ahli Parlimen Pagoh itu dari lawatan rasmi ke luar negara baru-baru ini.
Dan yang terbaharu, kehadiran beberapa pemimpin politik termasuk Annuar Musa, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Noraini Ahmad, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki, Khairy Jamaluddin dan bekas menteri besar Negeri Sembilan Isa Samad ke majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Jalaluddin Alias di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan dipersoal orang ramai.
![]() |
Muda gesa tiada double standart pematuhan SOP |
Warganet mempersoalkan jika ada beberapa menteri menyalahgunakan hak dan
keistimewaan mereka untuk menghadiri perjumpaan sosial di negeri lain.
Untuk rekod, sejak 27 Jan lalu Majlis Keselamatan Negara membenarkan Ahli Parlimen and Adun melakukan perjalanan atas tujuan rasmi dan mengunjungi kawasan pilihan raya mereka.
0 Comments