KENYATAAN Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berhubung kompaun sehingga RM10,000 didakwa salah dan tidak tepat.
Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham melalui satu kenyatan berkata, tidak terdapat mana-mana peruntukan undang-undang bahawa kompaun sehingga RM10,000 hanya akan dikenakan ke atas individu melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) berulang kali serta mereka yang boleh mencetuskan penyebaran Covid-19.
Malah kenyataan kedua-dua individu itu tidak disokong oleh mana-mana peruntukan undang-undang.
“Saya telah memeriksa peruntukan undang-undang dan mendapati kenyataan mereka tidak disokong oleh mana-mana peruntukan undang-undang sehingga hari ini,” katanya.
Hamid pada 27 Feb sebagai berkata kompaun RM10,000 hanya dikenakan terhadap individu melakukan kesalahan berulang dan Ismail pula pada 2 Mac memaklumkan orang ramai boleh membuat rayuan terhadap kompaun RM10,000 tersebut.
Dalam pada itu, Koo Ham yang merupakan bekas peguam turut melahirkan rasa kesal apabila Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan gagal membetulkan kenyataan Hamid dan Ismail semasa mengeluarkan kenyataan media mengenai Akta Ordinan Darurat (EO) 2021 pada 3 Mac lalu.
Katanya, sehingga hari ini tiada perundangan subsidiari yang dibuat bawah EO 2021.
Jelasnya, setakat undang-undang subsidiari itu dibuat, ia memperuntukkan semua kesalahan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Jangkitan 1988 (Akta 342) seperti yang dipinda oleh EO 2021 akan menjadi kesalahan yang lazim boleh ditangkap.
![]() |
| Koo Ham dakwa tiada peruntukan |
Beliau turut merayu agar mahkamah mengambil maklum akan tindakan menyalahi undang-undang yang dilakukan polis serta tawaran kompaun (saman) yang dikeluarkan oleh polis secara tidak sah apabila ada kes dibawa ke mahkamah.



0 Comments