PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki di Putrajaya semalam.
Dalam pertemuan yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu, Anwar yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) telah menyuarakan kebimbangan Ahli Parlimen pembangkang dan masyarakat madani umumnya dalam isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Dipetik laporan media, antara isu yang dibangkitkan Anwar ialah dakwaan oleh seorang bekas menteri mengenai tawaran untuk melepaskan diri dari siasatan rasuah, yang didakwa dibuat oleh seorang menteri kanan.
"Saya bercakap mengenai beberapa kes baru-baru ini, di mana tumpuan (penyiasatan) lebih kepada tokoh pembangkang. Saya menekankan (kepada SPRM) bahawa saya tidak datang ke sini untuk pertahankan (sesiapapun), sekiranya ada bukti atau fakta kukuh mengenai amalan rasuah.
"Tetapi, saya memberitahunya (Azam) bahawa ada kes khusus di mana seorang mantan menteri mengadu kepada saya, bahawa dia diberi jaminan oleh seorang menteri kanan bahawa jika dia lompat parti, dia akan dibebaskan dari apa-apa tindakan," katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Dalam satu kenyataan media selepas pertemuan itu, Anwar turut menekankan bahawa rasuah dan salah guna kedudukan adalah isu yang sangat penting.
Ia tegasnya akan menentukan jatuh bangun bangsa Malaysia dan ia kini bergantung kepada tekad dan kesungguhan semua untuk membenterasnya.
Tambah Anwar, SPRM wajar diberi kebebasan dan kepercayaan bahawa badan itu mempunyai integriti serta keupayaan untuk menyiasat semua kes tanpa rasa gentar dan pilih kasih.
Untuk rekod, Anwar pada minggu lalu telah meminta pertemuan dengan Azam setelah berlaku apa yang didakwa sebagai percubaan sogok sekurang-kurangnya kepada lima anggota Parlimen parti pimpinannya untuk lompat parti dan menukar sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).
Permintaan itu dibuat setelah empat anggota parlimen KEADILAN lain, selain Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail, mendakwa mereka dihampiri individu yang menawarkan mereka untuk lompat parti.
Sementara itu, dalam satu kenyataan media selepas pertemuan itu, Azam menyatakan penghargaan kepada sokongan Anwar kepada Suruhanjaya itu dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.
"Dalam pertemuan tersebut, saya telah mendengar beberapa isu semasa berbangkit dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar yang menjadi keprihatinan beliau.
"Sehubungan itu, saya memberi jaminan bahawa SPRM sebagai sebuah agensi yang dipantau oleh lima panel bebas akan bertindak secara profesional mengikut lunas undang-undang dan bidang kuasa yang telah diberikan kepada Suruhanjaya ini.
"SPRM juga menghargai sokongan Anwar terhadap SPRM dalam usaha membanteras rasuah secara berkesan di negara ini," katanya dalam kenyataan.
Dalam pertemuan yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu, Anwar yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) telah menyuarakan kebimbangan Ahli Parlimen pembangkang dan masyarakat madani umumnya dalam isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Dipetik laporan media, antara isu yang dibangkitkan Anwar ialah dakwaan oleh seorang bekas menteri mengenai tawaran untuk melepaskan diri dari siasatan rasuah, yang didakwa dibuat oleh seorang menteri kanan.
"Saya bercakap mengenai beberapa kes baru-baru ini, di mana tumpuan (penyiasatan) lebih kepada tokoh pembangkang. Saya menekankan (kepada SPRM) bahawa saya tidak datang ke sini untuk pertahankan (sesiapapun), sekiranya ada bukti atau fakta kukuh mengenai amalan rasuah.
"Tetapi, saya memberitahunya (Azam) bahawa ada kes khusus di mana seorang mantan menteri mengadu kepada saya, bahawa dia diberi jaminan oleh seorang menteri kanan bahawa jika dia lompat parti, dia akan dibebaskan dari apa-apa tindakan," katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Dalam satu kenyataan media selepas pertemuan itu, Anwar turut menekankan bahawa rasuah dan salah guna kedudukan adalah isu yang sangat penting.
Ia tegasnya akan menentukan jatuh bangun bangsa Malaysia dan ia kini bergantung kepada tekad dan kesungguhan semua untuk membenterasnya.
Tambah Anwar, SPRM wajar diberi kebebasan dan kepercayaan bahawa badan itu mempunyai integriti serta keupayaan untuk menyiasat semua kes tanpa rasa gentar dan pilih kasih.
Untuk rekod, Anwar pada minggu lalu telah meminta pertemuan dengan Azam setelah berlaku apa yang didakwa sebagai percubaan sogok sekurang-kurangnya kepada lima anggota Parlimen parti pimpinannya untuk lompat parti dan menukar sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).
Permintaan itu dibuat setelah empat anggota parlimen KEADILAN lain, selain Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail, mendakwa mereka dihampiri individu yang menawarkan mereka untuk lompat parti.
Sementara itu, dalam satu kenyataan media selepas pertemuan itu, Azam menyatakan penghargaan kepada sokongan Anwar kepada Suruhanjaya itu dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.
"Dalam pertemuan tersebut, saya telah mendengar beberapa isu semasa berbangkit dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar yang menjadi keprihatinan beliau.
![]() |
Anwar bangkitkan beberapa isu dalam pertemuan |

0 Comments