2 wakil rakyat KEADILAN mohon jadi pencelah dalam saman terhadap Muhyiddin


DUA
pemimpin pembankang dari Parti KEADILAN dilapor telah memfailkan permohonan sebagai pencelah dalam saman Bersih dan sejumlah NGO terhadap Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin.

Senator Mohd Yusmadi Yusoff dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu.

Media yang memetik salinan afidavit sokongan bagi permohonan mencelah itu melaporkan bahawa Yusmadi berkata dia dan Shamsul tidak dapat melaksanakan tugas mereka untuk membawa isu berkaitan kepentingan rakyat di Parlimen.

Penggantungan Parlimen itu juga tegas keduanya telah menghalang fungsi mereka dalam memenuhi tugas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan persekutuan untuk menyoal dan membahas tindakan Eksekutif di Parlimen termasuk untuk membahas dan mengundi proklamasi darurat dan Ordinan Darurat.

"Sebagai Ahli Parlimen, Shamsul dan saya mempunyai tanggungjawab fidusiari kepada rakyat Malaysia

"Parlimen adalah institusi yang membolehkan semak dan imbang terhadap cabang Eksekutif," kata mereka.

Pada 2 Februari lalu, Bersih dan enam NGO mengumumkan mereka memfailkan saman pemula terhadap Ordinan Darurat yang membolehkan penggantungan Parlimen sepanjang tempoh penguatkuasaannya.

Ia melibatkan Seksyen 14 Ordinan Darurat.

"Seksyen tersebut menghalang kami daripada melaksanakan tanggungjawab kami.

"Oleh itu, isu-isu dalam saman pemula tersebut mempunyai kesan langsung ke atas Shamsul dan saya, terutama atas kapasiti kami sebagai Ahli Parlimen. Ia adalah wajar dan adil agar Shamsul dan saya dinamakan sebagai pencelah dalam prosiding ini," kata kedua-dua peguam itu lagi

Wakil rakyat ada tanggungjawab fidusiari kepada rakyat
Selain Bersih dan enam lagi NGO , pihak lain yang telah membawa pengisytiharan darurat ke mahkamah ialah Presiden KEADILAN yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga wakil rakyat pembangkang, dan bekas pemimpin Umno Khairuddin Abu Hassan.

Pada 11 Mac lalu, semakan kehakiman tiga wakil rakyat pembangkang itu, iaitu Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari, telah ditolak.

Post a Comment

0 Comments