HARAPAN Johor mula rundingan agih kerusi 'dikosongkan' Bersatu


PAKATAN HARAPAN
  Johor bakal membahagikan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Johor yang ditinggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada tiga parti komponen gabungan itu.

Pengerusi HARAPAN Johor, Aminolhuda Hassan berkata, langkah pembahagian kerusi itu sebagai sebahagian persediaan mereka menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

"Pengagihan 56 kerusi DUN di Johor masih dalam perbincangan di peringkat HARAPAN negeri. Kerusi DUN yang dahulunya ditandingi Bersatu pada PRU14 dianggap sebagai kerusi yang dikosongkan.

"Oleh itu 18 kerusi tersebut boleh ditandingi mana-mana parti komponen HARAPAN Johor, cuma keputusannya parti yang bertanding akan ditentukan secara perbincangan terlebih dahulu," katanya.

Untuk tujuan itu jelasnya, sebuah jawatankuasa pengagihan kerusi DUN antara Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat ( PKR) juga telah ditubuhkan di peringkat negeri.

Aminolhuda sebelumnya hadir pada sidang akhbar sempena Kempen Tamat Darurat di Pejabat Amanah Johor di Kangkar Pulai pada Ahad. Ia turut dihadiri Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Setiausaha DAP Johor, Tan Hong Ping dan Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse

Sementara itu, Salahuddin berharap HARAPAN Johor menyelesaikan pembahagian kerusi secepat mungkin sebagaimana yang dilakukan pada PRU14 lalu.

 Pembahagian kerusi dijalankan secara 'adik- beradik'
"HARAPAN Johor telah buktikan pada PRU14 lalu, di mana negeri ini merupakan negeri terawal berjaya memutuskan pembahagian kerusi secara muafakat membuktikan PH Johor bersedia bersama dengan rakan komponennya menghadapi musuh iaitu kerajaan Perikatan Nasional ( PN) pada PRU15," katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments