TAKIYUDDIN HASSAN didakwa sebagai tidak menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong pada 24 Februari lalu yang menyatakan parlimen boleh bersidang sewaktu darurat berkuatkuasa.
Majlis sekretariat Pakatan Harapan (HARAPAN) membuat dakwaan itu susulan alasan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) tentang mengapa jemaah menteri tidak menasihati Seri Paduka Baginda untuk memanggil Parlimen bersidang.
"Kesemua alasan yang diberi adalah lemah, dangkal dan tidak menghormati titah nasihat Seri Paduka Baginda," katanya dalam kenyataan bersama itu ditandatangani oleh Saifuddin Nasution, Dr Hatta Ramli dan Anthony Loke Siew Fook.
Tambah mereka, jemaah menteri perlu menjunjung kasih di atas titah nasihat Seri Paduka Baginda, serta menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen segera.
Minggu lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa.
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, perkara itu seperti termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.
Susulan titah baginda, kerajaan dipimpin Muhyiddin terus didesak supaya segera memanggil persidangan Parlimen.
Bagaimanapun Takiyuddin dalam alasan semalam berkata, sebahagian besar anggota parlimen merupakan kumpulan berisiko dijangkiti Covid-19 dan ia merupakan antara sebab parlimen perlu ditangguhkan.
Kata pemimpin parti PAS itu, daripada 220 ahli parlimen, 77 daripadanya berusia 61 hingga 69 tahun, 19 orang berusia 70 hingga 79 tahun dan empat lagi berusia 80 tahun ke atas.
Bagaimanapun, HARAPAN dalam kenyataannya mempersoal alasan tersebut, mereka menegaskan bahawa berdasarkan bukti dan data, sepanjang 55 hari parlimen bersidang sepanjang tahun 2020, tiada seorang ahli parlimen pun yang dijangkiti Covid-19 di parlimen.
"Tiada satu pun kluster Covid-19 yang dibuktikan terhasil akibat persidangan parlimen.
"Perlu diingatkan bahawa pada waktu itu, belum seorang ahli parlimen pun yang telah menerima vaksin.
"Malah fakta ini membuktikan bahawa langkah-langkah dan SOP yang diambil bagi perjalanan sidang parlimen pada 2020 berkesan, dan parlimen boleh bersidang sekarang tanpa lengah," kata mereka lagi.

![]() |
Takiyuddin didakwa tak hormat titah Agong |

0 Comments