Hamzah Zainudin digesa siasat dakwaan wujud 'kartel' dalam PDRM


MAJLIS Setiausaha Pakatan Harapan (HARAPAN) menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin  agar menjalankan siasatan segera terhadap kewujudan kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti yang didakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Melalui satu kenyataan, Majlis itu menegaskan bahawa  elemen-elemen ‘kartel’ ini tidak boleh dibenarkan menyusup masuk dan mengawal PDRM kerana dibimbangi akan akhirnya menghancurkan institusi penguatkuasaan tersebut.

“Kenyataan (Abdul Hamid) amat membimbangkan kerana seakan wujudnya usaha pihak-pihak tertentu untuk menjejaskan kebebasan dan integriti PDRM.

“Ini secara langsung akan mendatangkan kesan buruk terhadap imej, reputasi dan kewibawaan PDRM itu sendiri,” tegasnya mereka.

Kenyataan tersebut dibuat bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution;  Datuk Dr Hatta Ramli dan Anthony Loke Siew Fook.

Abdul Hamid pada 18 Mac lalu mendakwa wujudnya kumpulan pegawai muda di dalam PDRM yang berhasrat untuk menjatuhkannya dengan tujuan menguasai pasukan keselamatan dan meneruskan kerja-kerja kotor mereka.

Dalam satu kenyataan terbaharu, Abdul Hamid yang telah berkhidmat secara kontrak sebagai Ketua Polis Negara bermula 4 Mei 2019 dan dijangka bersara pada 3 Mei 2021 memberitahu media bahawa individu yang terlibat dalam kartel yang cuba menjatuhkan telah dikenal pasti.

Tambahnya, isu berkenaan masih terkawal dan berada dalam pengawasannya dan yakin mereka yang terbabit tidak dapat 'bergerak' ketika ini.

Pendedahan Abdul Hamid mendapat perhatian ramai. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyatakan dukungan moral kepada Abdul Hamid.


BACA: Anwar beri dukungan moral buat Abdul Hamid Bador

Melalui satu catatan di laman Facebooknya, Anwar turut mengegaskan bahawa PDRM adalah pasukan yang amat penting dalam sistem masyarakat dan menjadi penanda aras keamanan serta kestabilan negara.

 Dakwaan Abdul Hamid membimbangkan
"Justeru, saya amat bersetuju dengan penegasan yang dibuat beliau (Abdul Hamid) terkait integriti, kebebasan, kewibawaan dan keupayaan pasukan polis," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments