PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan dukungan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Dukungan moral itu dinyatakan Anwar selepas pendedahan Abdul Hamid menededahkan kewujudan 'kartel' yang didakwa cuba menjatuhkannya.
"Mutakhir ini berita mengenai Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan pasukan PDRM mendapat perhatian umum.
"Sehubungan itu, saya telah mengutus surat bagi menyatakan dukungan saya kepada beliau dalam usaha membanteras sebarang elemen jenayah di negara ini.
"Saya mendoakan agar beliau dapat melaksanakan amanah dan menempuhi cabaran getir saat ini dengan baik," katanya," kata Anwar dalam catatan di Facebooknya.
Pada 18 Mac lalu Abdul Hamid membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mendakwa ada sekumpulan "pegawai muda" sedang bergerak untuk menjatuhkannya.
Bekas pegawai kanan cawangan khas itu tanpa mendedahkan nama individu terbabit menegaskan bahawa tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya terdapat warga PDRM yang mempunyai cita-cita untuk meningkatkan keupayaan diri seperti ingin menjawat jawatan pengarah suatu hari nanti, namun ia tidak boleh didorong oleh kepentingan peribadi.
Sementara itu berdasarkan laporan oleh Awani, Abdul Hamid berkata bahawa individu yang terlibat dalam kartel yang cuba menjatuhkan telah dikenal pasti.
Tambahnya, isu berkenaan masih terkawal dan berada dalam pengawasannya dan yakin mereka yang terbabit tidak dapat 'bergerak' ketika ini.
![]() |
Abdul Hamid dedah 'kartel' mahu jatuhkannya |
"Justeru, saya amat bersetuju dengan penegasan yang dibuat beliau terkait integriti, kebebasan, kewibawaan dan keupayaan pasukan polis," tegasnya lagi.
0 Comments