PRESIDEN Amanah Mohamad Sabu berang dengan layanan yang disifatkannya sebagai "menghina" oleh pegawai Parlimen terhadap Ketua Pembangkang.
Merujuk pertemuan diadakan antara ahli Parlimen pembangkang di Parlimen semalam, Mohammad Sabu berkata, tiada pun pegawai Parlimen yang hadir untuk menyambut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan pertemuan itu.
"Ini bukan soal Anwar atau pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) tetapi dia adalah ketua pembangkang dan yang hadir adalah ahli-ahli parlimen yang perlu dihormati dalam proses demokrasi.
"Sebagai Ketua Pembangkang sememangnya ada penghormatan dan tugas yang diberikan terutama untuk melaksanakan proses semak dan imbang serta diberi bilik khas sebagai Ketua Pembangkang. Jika di Australia Ketua Pembangkang bertaraf menteri," katanya dalam kenyataan.
Bekas Menteri Pertahanan itu juga mendakwa pembangkang diberikan dewan yang tidak dapat menampung jumlah ahli Parlimen yang hadir, menyebabkan sukar untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
"Semasa saya bersama Anwar dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bertemu Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun (pada 4 Mac), layanannya agak baik dan dia berjanji secara verbal untuk membantu pembangkang mengadakan pertemuan di bangunan Parlimen.
"Tetapi apabila ketua pembangkang yang mengetuai ahli-ahli parlimen pembangkang hadir ke Parlimen untuk mengadakan pertemuan dan taklimat, (Anwar) telah diperlakukan tindakan yang agak menghinakan," tambahnya.
Terdahulu, Anwar dalam laporan media turut berkata dia telah meminta dewan yang lebih besar bagi memudahkan pematuhan SOP.
"Saya minta ruang yang agak baik sedikit (seperti) dewan makan yang luas kerana ramai yang hadir, tetapi speaker hanya beri bilik yang kecil. Itu yang sesak sedikit walaupun kita nak patuh SOP," katanya.
Mohammad Sabu menggesa kedudukan ketua pembangkang dihormati sejajar amalan demokrasi. Beliau turut menempelak tindakan sikap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dirujuknya sebagai ' berlagak".
"Selama 3 penggal saya menjadi wakil rakyat pembangkang, saya menghormati menteri menteri walaupun mereka adalah musuh politik kami.
"Tetapi sekarang saya langsung tidak tahu bagaimana untuk menghormati menteri menteri kerajaan tebuk atap yang mengambil kerajaan secara tidak demokratik, berlagak sombong seolah olah merekalah yang memiliki Malaysia ini," katanya dalam kenyataan.
Merujuk pertemuan diadakan antara ahli Parlimen pembangkang di Parlimen semalam, Mohammad Sabu berkata, tiada pun pegawai Parlimen yang hadir untuk menyambut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan pertemuan itu.
"Ini bukan soal Anwar atau pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) tetapi dia adalah ketua pembangkang dan yang hadir adalah ahli-ahli parlimen yang perlu dihormati dalam proses demokrasi.
"Sebagai Ketua Pembangkang sememangnya ada penghormatan dan tugas yang diberikan terutama untuk melaksanakan proses semak dan imbang serta diberi bilik khas sebagai Ketua Pembangkang. Jika di Australia Ketua Pembangkang bertaraf menteri," katanya dalam kenyataan.
Bekas Menteri Pertahanan itu juga mendakwa pembangkang diberikan dewan yang tidak dapat menampung jumlah ahli Parlimen yang hadir, menyebabkan sukar untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
"Semasa saya bersama Anwar dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bertemu Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun (pada 4 Mac), layanannya agak baik dan dia berjanji secara verbal untuk membantu pembangkang mengadakan pertemuan di bangunan Parlimen.
"Tetapi apabila ketua pembangkang yang mengetuai ahli-ahli parlimen pembangkang hadir ke Parlimen untuk mengadakan pertemuan dan taklimat, (Anwar) telah diperlakukan tindakan yang agak menghinakan," tambahnya.
Terdahulu, Anwar dalam laporan media turut berkata dia telah meminta dewan yang lebih besar bagi memudahkan pematuhan SOP.
"Saya minta ruang yang agak baik sedikit (seperti) dewan makan yang luas kerana ramai yang hadir, tetapi speaker hanya beri bilik yang kecil. Itu yang sesak sedikit walaupun kita nak patuh SOP," katanya.
Mohammad Sabu menggesa kedudukan ketua pembangkang dihormati sejajar amalan demokrasi. Beliau turut menempelak tindakan sikap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dirujuknya sebagai ' berlagak".
"Selama 3 penggal saya menjadi wakil rakyat pembangkang, saya menghormati menteri menteri walaupun mereka adalah musuh politik kami.
![]() |
Peranan Ketua Pembangkang perlu dihormati |