Fomca gesa k'jaan PN bantu ringan beban rakyat


PENTADBIRAN
MuhyiddinYassin digesa membantu mengurangkan beban isi rumah ditanggung rakyat dengan pemotongan bil utiliti dan memberi lebihan wang tunai untuk makanan dan keperluan lain untuk mereka.

Gesaan itu disuarakan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Presidennya, Datuk Dr N Marimuthu berkata, norma baharu telah memaksa ramai orang bekerja dari rumah (WFH), mereka bergantung kepada sambungan Internet serta gajet, dan membayar bil utiliti serta telekomunikasi.

“Saat ini tidak banyak insentif atau pengurangan tarif oleh mana-mana sektor kecuali sektor tenaga yang memberikan diskaun semasa perintah sekatan susulan penularan pandemik itu. Isi rumah sering mengeluh bahawa harga makanan dan barang keperluan telah meningkat,” menurutnya dalam kenyataan.

Selain itu beliau turut mahu kerajaan memberi perhatian kepada tindakan syarikat insurans terutama dalam isu kenaikan premium insurans perubatan.
 
 Focma turut gesa kurangkan kadar faedah pinjaman
Situasi itu jelasnya akan menjejaskan kemampuan pemegang polisi apabila notis berhubung perkara tersebut dihantar kepada pengguna semasa mereka bergelut mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan, yang disifatkan beliau sebagai amat tidak adil.

Dalam kenyataan sama, Marimuthu turut menuntut agar kadar faedah bagi pinjaman kerajaan perlu dikurangkan manakala kadar faedah bagi gadai janji dan sewa beli disemak semula.

Post a Comment

0 Comments