KENYATAAN bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa yang mendakwa Umno kini seperti sudah berada di bawah pengaruh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai tindakan terdesak.
Menurut Anwar, dakwaan Ahli Parlimen Ketereh itu hanya bertujuan untuk menjaga kedudukannya sebagai menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
"Annuar Musa ini saya tidak tahu dia ini mewakili siapa dan maklumat dari mana, dia nampak terdesak.
"Dia nak jaga jawatan dia, dia jagalah, tetapi jangan sentuh dan ganggu orang lain.
"Saya ingat politik dia itu hanya nak jaga jawatan menteri dia, dia tak peduli parti dia. Dia tidak peduli cakap benar atau tidak," katanya Pengerusi Pakatan Harapan itu dipetik.
Beliau sebelumnya menghadiri Retreat Kepimpinan Keadilan Negeri Sembilan di Ancasa Residences Port Dickson pada malam Sabtu.
Untuk rekod, Annuar yang dilihat pro kepada Muhyiddin Yassin mengkritik Umno susulan kenyataan merayu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan sidang Parlimen diadakan segera.
Katanya, kenyataan media terbaru Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi itu merupakan bukti bahawa Umno kini dikuasai HARAPAN.
Annuar merujuk kenyataan kedua-dua pemimpin itu yang menurutnya sangat mirip.
Untuk rekod, hubungan antara Umno dan Bersatu yang dipimpin oleh presidennya, Muhyiddin Yassin kini bagaikan telur di hujung tanduk.
Keadaan ini bertambah keruh apabila Ahmad Zahid dalam sepucuk surat bertarikh 26 Feb menyatakan kebersamaan Umno dengan kerajaan PN akan berakhir sebaik saja parlimen dibubarkan.
Annuar yang kini merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dibawah kerajaan Muhyiddin dilihat sering membuat kenyataan mengkritik Zahid.
Menurut Anwar, dakwaan Ahli Parlimen Ketereh itu hanya bertujuan untuk menjaga kedudukannya sebagai menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
"Annuar Musa ini saya tidak tahu dia ini mewakili siapa dan maklumat dari mana, dia nampak terdesak.
"Dia nak jaga jawatan dia, dia jagalah, tetapi jangan sentuh dan ganggu orang lain.
"Saya ingat politik dia itu hanya nak jaga jawatan menteri dia, dia tak peduli parti dia. Dia tidak peduli cakap benar atau tidak," katanya Pengerusi Pakatan Harapan itu dipetik.
Beliau sebelumnya menghadiri Retreat Kepimpinan Keadilan Negeri Sembilan di Ancasa Residences Port Dickson pada malam Sabtu.
Untuk rekod, Annuar yang dilihat pro kepada Muhyiddin Yassin mengkritik Umno susulan kenyataan merayu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan sidang Parlimen diadakan segera.
Katanya, kenyataan media terbaru Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi itu merupakan bukti bahawa Umno kini dikuasai HARAPAN.
Annuar merujuk kenyataan kedua-dua pemimpin itu yang menurutnya sangat mirip.
Untuk rekod, hubungan antara Umno dan Bersatu yang dipimpin oleh presidennya, Muhyiddin Yassin kini bagaikan telur di hujung tanduk.
![]() |
Annuar tuduh Zahid bawah pengaruh Anwar |

0 Comments