Cadang kelas karate 8 hari lindungi wanita, idea lucu - Wanita DAP

 


CADANGAN Wanita MCA supaya kelas karate dianjurkan sebagai persediaan bagi wanita mengelak diri mereka menjadi mangsa keganasan rumah tangga dikritik.

Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuriraani Patto dalam catatan di Facebooknya berkata sentimen Wanita MCA kurang enak dan solusi lain, seperti kempen kesedaran dan kursus sebelum perkahwinan mengenai hubungan yang sihat, akan lebih berkesan.

Malah sayap Wanita DAP menyifatlkan idea diutarakan Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie pada perhimpunan agung parti itu sebagai benar-benar “pelik, lucu, dan tidak bertanggungjawab”.
 
“Wanita MCA sekali lagi memperkecilkan tahap keganasan dalam rumah tangga atau keganasan berdasarkan jantina

“Karate seronok ditonton di TV dan menarik untuk dipelajari sebagai bentuk mempertahankan diri – tetapi Wanita MCA benar-benar ketinggalan sekiranya mereka fikir, ia akan menghalang keganasan rumah tangga,”kata mereka.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung Wanita MCA semalam, Seai Kei dipetik sebagai berkata Wanita MCA akan akan mengadakan kursus karate secara maya.

Kelas latihan percuma itu yang akan diadakan dari 12 hingga 20 mac ini bertujuan meningkatkan keupayaan mempertahankan diri golongan wanita daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga. 
Wanita DAP dalam kenyataanya turut mempersoalkan bagaimana latihan lapan hari itu dapat membantu wanita mempertahankan diri dari keganasan.

Sementara itu, Wanita DAP mengingatkan Seai Kie bahawa keganasan rumah tangga bukan hanya masalah kekuatan fizikal sahaja dan ia boleh dalam bentuk fizikal, sosial, psikologi, seksual, atau malah kewangan.

Solusi diutarakan wanita MCA kurang enak
Tegas mereka, pendidikan, kesedaran, dan akses ke keadilan diperlukan untuk mengekang keganasan rumah tangga.

Ia termasuk keperluan agar kerajaan melakukan reformasi undang-undang bagi memerangi keganasan rumah tangga.

Post a Comment

0 Comments