MAHKAMAH TINGGI menolak permohonan Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM144.5 juta yang sedang dihadapinya.
Hakim Muhammad Jamil Hussin yang dipetik laporan media membuat keputusan menolak permohonan Azeez dengan alasan pertuduhan itu tidak cacat.
“Masih terlalu awal pada tahap ini bagi mahkamah membuat keputusan berhubung pertuduhan.”
“Tertuduh gagal menunjukkan bagaimana diri beliau diprejudiskan dan tidak dapat mengemukakan pembelaan,” kata Hakim Muhammad Jamil hari ini.
Azeez yang merupakan bekas pengerusi Tabung Haji sedang berdepan dengan tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM5.2 juta serta sembilan pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM139.3 juta.
Pemimpin Umno itu dituduh menerima RM5.2 juta daripada Pengarah Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah antara Disember 2010 dan April 2018.
Dia turut dituduh menerima RM139.3 juta daripada empat syarikat, iaitu Menuju Asas Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd dan AVP Engineering Sdn Bhd.
Sementara itu, Hakim turut menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat Azeez secara menyeluruh dan itu jelasnya menyangkal dakwaan Azeez bahawa pertuduhan rasuah dan pengubahan wang dikenakan terhadapnya itu berniat jahat (mala fide).
“Berhubung perkara ini, mahkamah harus menyebut bahawa peguam negara mempunyai budi bicara untuk memulakan prosiding jenayah terhadap tertuduh, berdasarkan undang-undang yang dianggap wajar.” kata Hakim.
Sementara itu peguam yang mewakli Azeez, Amer Hamzah Arshad memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap penolakan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram itu hari ini.
Hakim Muhammad Jamil Hussin yang dipetik laporan media membuat keputusan menolak permohonan Azeez dengan alasan pertuduhan itu tidak cacat.
“Masih terlalu awal pada tahap ini bagi mahkamah membuat keputusan berhubung pertuduhan.”
“Tertuduh gagal menunjukkan bagaimana diri beliau diprejudiskan dan tidak dapat mengemukakan pembelaan,” kata Hakim Muhammad Jamil hari ini.
Azeez yang merupakan bekas pengerusi Tabung Haji sedang berdepan dengan tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM5.2 juta serta sembilan pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM139.3 juta.
Pemimpin Umno itu dituduh menerima RM5.2 juta daripada Pengarah Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd, Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah antara Disember 2010 dan April 2018.
Dia turut dituduh menerima RM139.3 juta daripada empat syarikat, iaitu Menuju Asas Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd dan AVP Engineering Sdn Bhd.
Sementara itu, Hakim turut menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat Azeez secara menyeluruh dan itu jelasnya menyangkal dakwaan Azeez bahawa pertuduhan rasuah dan pengubahan wang dikenakan terhadapnya itu berniat jahat (mala fide).
“Berhubung perkara ini, mahkamah harus menyebut bahawa peguam negara mempunyai budi bicara untuk memulakan prosiding jenayah terhadap tertuduh, berdasarkan undang-undang yang dianggap wajar.” kata Hakim.
![]() |
Azeez berdepan tuduhan rasuah dan AMLA |
0 Comments