Apa dah jadi dengan dasar “zero reject”


BEKAS Menteri Pendidikan era Pakatan Harapan (HARAPAN) Maszlee Malik menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjelaskan apakah dasar “zero reject” yang dilancarkan pada 2019 sudah dimansuhkan.

Maszlee yang dipetik laporan sebuah portal berkata demikian selepas laporan akhbar memaklumkan terdapat seorang pelajar terpaksa menangguhkan hasrat kembali ke sekolah.

Ia  disebabkan dokumen kelahirannya bertaraf bukan warganegara.

“Saya tertanya-tanya apakah ‘zero reject policy’ yang dilancarkan pada 2019 bagi memastikan anak-anak semua diterima masuk sekolah sudah dimansuhkan?

“Apakah dengan perubahan kerajaan, maka pendidikan anak-anak golongan rentan juga digadaikan? Pendidikan untuk semua!,” katanya di Twitter di petik laporan itu.

 Apakah wajar pendidikan kanak-kanak digadai?
Sebagai rekod, “Zero Reject Policy” merupakan dasar sedia ada yang dilaksanakan bagi memastikan murid berkeperluan khas khasnya menerima pendidikan yang selari dengan ketidakupayaan mereka.

Kementerian Pendidikan mula melaksanakan dasar itu secara berperingkat bermula pada 2019 bagi murid berkeperluan khas (MBK).

Post a Comment

0 Comments