Ahli Parlimen New Zealand bangkit isu 'cuti' Santhara


KERAJAAN New Zealand dikritik susulan status imigresen Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara Kumar Ramanaidu yang dilapor 'bercuti' di negara itu sejak Disember lalu.

Seorang Ahli Parlimen negara itu menggesa kerajaannya menjelaskan bagaimana Ahli Parlimen Segamat itu mendapat tempat dalam sistem pengasingan dan kuarantin (MIQ) sangat terhad di negara itu dan sama ada beliau diberikan layanan istimewa.

“Persoalan sebenar ialah bagaimana beliau (Santhara) mendapat tempat dalam MIQ. Tempatnya sangat terhad dan rakyat ingin tahu jika ada layanan istimewa diberikan kepadanya dan sekarang kerajaan perlu lebih telus menjelaskan hal ini.” kata jurucakap respons Covid-19 Parti Nasional, Chris Bishop.

Isu itu turut mendapat perhatian organisasi media New Zealand, Portal berita Stuff mendapati bahawa kerajaan New Zealand tidak mengetahui status Santara itu di negara itu atau berapa lama dia menunggu tempat kuarantin.

Pada bulan Oktober, kerajaan New Zealand memerintahkan syarikat penerbangan Air New Zealand untuk membekukan tempahan kerana kemudahan MIQ hampir mencapai kapasiti menjelang cuti Krismas.

Menurut akaun peribadi Santhara, dia memasuki MIQ pada 24 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, jurucakap kementerian  yang memantau kemudahan kuarantin New Zealand - mengatakan bahawa mereka tidak dapat mendedahkan maklumat tersebut atas alasan maklumat peribadi.

Bagaimanapun, Chris Bishop, , berkata ia bukan alasan sesuai dan tidak konsisten dengan cara kerajaan menangani kes terdahulu.

“Saya memahami hujah privasi, tetapi kerajaan cukup bersedia menjelaskan cara salah seorang Ahli Parlimennya, Ricardo Menéndez March, boleh pulang ke New Zealand.

“Privasi nampaknya tidak begitu penting dalam kes itu dan ia juga tidak patut dalam kes ini.”

Menurut Bishop, ramai warga New Zealand tidak dapat kembali ke negara mereka, bahkan untuk melihat orang tersayang yang meninggal dunia, kerana kemampuan MIQ yang terhad.

Oleh itu, katanya orang ramai berhak mendapat jawapan.

Santhara Kumar yang kini merupakan ahli Parti Pribumi bersatu Malaysia (Bersatu) dikritik selepas beliau didedahkan mendapat kelulusan bercuti selama 55 hari untuk ke New Zealand bersama keluarganya

Dalam maklum balas di media Sosial, beliau berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meluluskan permohonan cutinya.

 Christ Bishop tuntut penjelasan k'jaan negara itu


Seorang pemimpin Umno sebelum ini turut menyelar tindakan itu yang menurutnya berlaku ketika cuti pasukan hadapan dibekukan bagi melawan penularan Covid-19.


Puad Zarkashi berkata, dia berasa sangat simpati terhadap kakitangan barisan hadapan yang masih terus bergelut menghadapi wabak tersebut dan tidak dapat menikmati cuti seperti Santhara Kumar.


Post a Comment

0 Comments