KEPUTUSAN Putrajaya meningkatkan kadar denda RM10,000 bagi individu dan RM50,000 bagi syarikat yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) memberi gambaran betapa pentingnya untuk persidangan Parlimen dikembalikan segera.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dipetik satu laporan media berkata, melalui sidang parlimen, langkah meningkatkan kadar denda itu boleh diperdebatkan di Dewan Rakyat sekaligus melindungi hak rakyat terutama ketika mereka terkesan dengan kemerosotan ekonomi ketika ini.
Jelasnya kadar denda sehingga RM10,000 itu tidak akan mampu dibayar rakyat biasa.
"Hanya menteri yang mampu membayar denda kompaun RM10,000, sedangkan rakyat biasa sudah tidak mampu membayar denda kompaun sebanyak RM1,000, apatah lagi RM10,000.
“Peningkatan hukuman yang begitu keras seperti ini tidak akan membantu mengekang kenaikan jumlah jangkitan Covid-19, apabila terdapat amalan dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undang. Sebenarnya, bukan nilai jumlah hukuman tetapi penguatkuasaan undang-undang yang sama rata dan adil adalah lebih penting," tegasnya dalam kenyataan.
Terdahulu, berdasarkan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)(Pindaan) 2021 yang baharu, diterbitkan di laman web Warta Persekutuan menyatakan, individu melanggar peraturan PKP boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara maksimum tujuh tahun.
Ordinan itu turut menyatakan syarikat yang melanggar peraturan PKP boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM50,000. Ordinan itu akan berkuat kuasa 11 Mac depan.
Ia mendapat kritikan ramai. Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh antara yang awal mengkritik keputusan itu melalui ciapan di Twitter miliknya dengan menyifatkan denda RM10,000 yang ditetapkan sebagai kejam, keterlaluan dan tidak masuk akal.
Sementara itu Guan Eng berkata, Perikatan Nasional (PN) perlu sedar tindakan salah urus krisis kesihatan Covid-19 menyebabkan negara mengalami krisis ekonomi dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) menyusut dan kadar pengangguran turut mencecah sehingga 4.5% tahun lalu.
“Muhyiddin sudah memberi alasan bahawa kuasa darurat akan membenarkan kerajaan menjatuhkan hukuman lebih keras terhadap mereka yang melanggar SOP. Oleh kerana objektif ini telah tercapai, masihkah ada keperluan untuk darurat dan penggantungan Parlimen,” soalnya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dipetik satu laporan media berkata, melalui sidang parlimen, langkah meningkatkan kadar denda itu boleh diperdebatkan di Dewan Rakyat sekaligus melindungi hak rakyat terutama ketika mereka terkesan dengan kemerosotan ekonomi ketika ini.
Jelasnya kadar denda sehingga RM10,000 itu tidak akan mampu dibayar rakyat biasa.
"Hanya menteri yang mampu membayar denda kompaun RM10,000, sedangkan rakyat biasa sudah tidak mampu membayar denda kompaun sebanyak RM1,000, apatah lagi RM10,000.
“Peningkatan hukuman yang begitu keras seperti ini tidak akan membantu mengekang kenaikan jumlah jangkitan Covid-19, apabila terdapat amalan dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undang. Sebenarnya, bukan nilai jumlah hukuman tetapi penguatkuasaan undang-undang yang sama rata dan adil adalah lebih penting," tegasnya dalam kenyataan.
Terdahulu, berdasarkan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)(Pindaan) 2021 yang baharu, diterbitkan di laman web Warta Persekutuan menyatakan, individu melanggar peraturan PKP boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara maksimum tujuh tahun.
Ordinan itu turut menyatakan syarikat yang melanggar peraturan PKP boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM50,000. Ordinan itu akan berkuat kuasa 11 Mac depan.
Ia mendapat kritikan ramai. Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh antara yang awal mengkritik keputusan itu melalui ciapan di Twitter miliknya dengan menyifatkan denda RM10,000 yang ditetapkan sebagai kejam, keterlaluan dan tidak masuk akal.
Sementara itu Guan Eng berkata, Perikatan Nasional (PN) perlu sedar tindakan salah urus krisis kesihatan Covid-19 menyebabkan negara mengalami krisis ekonomi dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) menyusut dan kadar pengangguran turut mencecah sehingga 4.5% tahun lalu.
![]() |
Rakyat biasa tak mampu bayar denda RM10,000 |
0 Comments