KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tidak boleh memutuskan dasar kerajaan, kata sebuah badan pemikir.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME), Carmelo Ferlito yang dipetik satu laporan media semalam memberi alasan itu kerana Dr Noor Hisham jelasnya hanya melihat “satu sudut” berkait langkah kawalan Covid-19.
Jelasnya lagi, pendekatan sebelah pihak dalam pembuatan keputusan kerajaan akan menghasilkan kesan yang sumbang dengan menyebut bahawa industri penerbangan dan hospitaliti tidak mampu bertahan sekiranya sektor berkenaan terus ditutup selama enam bulan lagi.
Justeru ia membawa kepada keperluan untuk mewujudkan sebuah panel daripada pelbagai bidang, sementara kuasa pembuatan keputusan akhir harus terletak di tangan pemimpin yang dipilih.
“Ini akan menawarkan pilihan dasar lebih luas, tanpa menafikan sains. Mereka akan tetap mengikut nasihat saintifik.
“Pendekatan ini juga akan menyediakan akauntibiliti dan ketelusan lebih tinggi jika orang ramai dibenarkan menyemak pelbagai cadangan yang dikemukakan oleh banyak pakar yang berbeza pandangan,” kata Ferlito kenyataan.
Pandangan itu dikemukakannya susulan laporan bahawa Noor Hisham berkata, sekatan perjalanan rentas daerah dan negeri akan diteruskan sehingga sekurang-kurangnya 70% penduduk menerima suntikan vaksin Covid-19.
![]() |
Panel dianggotai pelbagai ahli wajar ditubuhkan |
Tegasnya sidang Parlimen itu penting untuk tujuan semak dan imbang dan dasar kerajaan tidak “dimonopoli” oleh pakar bidang tertentu.
0 Comments