BEKAS Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz membidas pihak yang tidak senang sehingga menggesa buku memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berjudul My Story: Justice in the Wilderness.
Sambil mengaitkan pepatah 'Siapa yang memakan cili dia yang terasa pedas', Beliau berkata, setiap orang mempunyai pandangan berbeza termasuk Tommy namun, itu tidak memberi seseorang itu hak untuk mengharamkan buku berkenaan.
“Penting untuk diingat bahawa setiap orang yang menulis memoir peribadinya, tidak boleh dipaksa untuk melihat sesuatu dari sudut pandang pembaca, penganalisis atau pengulas.
"Seseorang tidak seharusnya menghukum penulis hanya kerana tidak menyukai mesej itu kerana berbeza dengan pandangan atau persepsi mereka,” katanya melalui hantaran di Facebook miliknya semalam.
Rafidah yang terkenal dengan kelantangannya turut menyorot bahawa sesuatu kejadian akan sentiasa mengundang pelbagai persepktif.
Menurutnya, jika penulis menyampaikan mesej daripada perspektif peribadinya, maka orang ramai perlu menghormati pandangan mereka.
"Ini adalah trend yang membimbangkan, ketika tidak ada ruang untuk perbezaan pendapat, dan kepelbagaian pandangan.
"Tetapi pada masa sama, tidak ada yang mengambil tindakan terhadap beberapa kesalahan, dan salah tafsiran fakta oleh beberapa orang. Walaupun ia telah menjadi tular di media sosial,” jelasnya lagi.
Sejak diterbitkan bulan lalu, memoir Thomas mengundang sejumlah laporan polis, ancaman tindakan undang-undang dan siasatan Kementerian Dalam Negeri yang boleh membawa kepada pengharaman buku itu.
Salinan fizikal buku itu yang diedarkan oleh penerbit bebas Gerakbudaya habis terjual dalam beberapa hari selepas penerbitannya.
"Tidakkah orang yang mempersoal tentang autobiografi / memoir Tommy, menyedari ada banyak yang bersetuju dengan pemerhatian Tommy mengenai apa yang dia tahu?
"Atau adakah kita hanya ingin mempunyai memoir yang menghiasi sesuatu, mempermanis perkara yang pahit, menafikan yang jelas, dan hanya mengambil jalan selamat?" katanya.
"Peristiwa bersejarah tidak dapat disangkal lagi. Setiap daripada kita pasti akan mempunyai tafsiran kita sendiri untuk setiap peristiwa, terutama dari perspektif politik.
"Tetapi itu bukan kesalahan," kata Rafidah lagi.
Sebelum ini media memetik sebahagian memoir Thomas yang mendedahkan campur tangan dalam lantikan Perdana Menteri interim.
Dr Mahathir Mohamad didakwa campur tangan dan berkeras ingin menjadi perdana menteri sementara ketika kemelut politik negara pada Febuari lalu walaupun di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ada mencadangkan calon lain bagi menyandang jawatan itu.
Menurut Thomas individu yang dicadangkan ialah Timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Memoir Thomas itu juga menyentuh isu pembunuhan anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Sambil mengaitkan pepatah 'Siapa yang memakan cili dia yang terasa pedas', Beliau berkata, setiap orang mempunyai pandangan berbeza termasuk Tommy namun, itu tidak memberi seseorang itu hak untuk mengharamkan buku berkenaan.
“Penting untuk diingat bahawa setiap orang yang menulis memoir peribadinya, tidak boleh dipaksa untuk melihat sesuatu dari sudut pandang pembaca, penganalisis atau pengulas.
"Seseorang tidak seharusnya menghukum penulis hanya kerana tidak menyukai mesej itu kerana berbeza dengan pandangan atau persepsi mereka,” katanya melalui hantaran di Facebook miliknya semalam.
Rafidah yang terkenal dengan kelantangannya turut menyorot bahawa sesuatu kejadian akan sentiasa mengundang pelbagai persepktif.
Menurutnya, jika penulis menyampaikan mesej daripada perspektif peribadinya, maka orang ramai perlu menghormati pandangan mereka.
"Ini adalah trend yang membimbangkan, ketika tidak ada ruang untuk perbezaan pendapat, dan kepelbagaian pandangan.
"Tetapi pada masa sama, tidak ada yang mengambil tindakan terhadap beberapa kesalahan, dan salah tafsiran fakta oleh beberapa orang. Walaupun ia telah menjadi tular di media sosial,” jelasnya lagi.
Sejak diterbitkan bulan lalu, memoir Thomas mengundang sejumlah laporan polis, ancaman tindakan undang-undang dan siasatan Kementerian Dalam Negeri yang boleh membawa kepada pengharaman buku itu.
Salinan fizikal buku itu yang diedarkan oleh penerbit bebas Gerakbudaya habis terjual dalam beberapa hari selepas penerbitannya.
"Tidakkah orang yang mempersoal tentang autobiografi / memoir Tommy, menyedari ada banyak yang bersetuju dengan pemerhatian Tommy mengenai apa yang dia tahu?
"Atau adakah kita hanya ingin mempunyai memoir yang menghiasi sesuatu, mempermanis perkara yang pahit, menafikan yang jelas, dan hanya mengambil jalan selamat?" katanya.
"Peristiwa bersejarah tidak dapat disangkal lagi. Setiap daripada kita pasti akan mempunyai tafsiran kita sendiri untuk setiap peristiwa, terutama dari perspektif politik.
"Tetapi itu bukan kesalahan," kata Rafidah lagi.
Sebelum ini media memetik sebahagian memoir Thomas yang mendedahkan campur tangan dalam lantikan Perdana Menteri interim.
![]() |
Pandangan peribadi penulis perlu dihormati |

0 Comments