MAHKAMAH Tinggi semalam diberitahu bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak menerima sejumlah wang yang besar daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam akaunnya.
Dipetik laporan Bernama, wang bernilai kira-kira RM2.973 bilion itu didakwa diterima bekas Presiden Umno itu tanpa sebarang justifikasi komersial atau perniagaan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi dalam hujahnya berkata perkara itu didedahkan oleh pegawai penyiasat pengubahan wang haram Superintendan Foo Wei Min bahawa perpindahan wang daripada 1MDB ke akaun Ambank Najib bernombor 9694 dilakukan dalam tiga peringkat dan Asisten Komisioner D Rajagopal telah mengenal pasti peringkat pertama dan kedua.
“Jejak wang terperinci yang dijalankan ke atas akaun Najib mendapati pergerakan wang daripada Good Star melibatkan AS$120 juta (RM369,029,514) dalam lima transaksi antara 2011 dan 2012, peringkat (kedua) Aabar sebanyak AS$170 juta (RM523,389,779.96) melalui enam transaksi antara 2011 dan 2012 dan peringkat (ketiga) Tanore melibatkan AS$681 juta (RM2,081,476,926) dipindahkan melalui dua transaksi pada 2013.
"Menerapkan kaedah penilaian kewangan ‘masuk dahulu, keluar dahulu’ pada akaun Ambank Najib. Jejak wang itu menunjukkan sejumlah RM2,973,896,219.96 yang diterima Najib dalam akaun 9694, dikembalikan ke akaun Tanore sebanyak RM2,034,350,000.
Wang baki RM939,546,219.96 dalam akaun 9694 Najib dipindahkan untuk dibelanjakan oleh bekas PM dalam empat kategori yang besar," katanya.
Dakwaan itu dibuat Muhammad Saifuddin pada sesi pendengaran permohonan pendakwaan bagi pelucuthakan RM114,164,393.44 dan barangan kemas yang dirampas dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd yang didengar di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.
Sebagai rekod, dalam satu laporan media pada 2018, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, RM2.973 bilion wang 1MDB dikesan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Transaksi kewangan berkenaan berasal dari tiga syarikat dan polis yang berjaya dijejak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebanyak 132 transaksi penggunaan wang haram juga berjaya dikesan.
Selain itu, Noor Rashid turut memaklumkan polis turut lebih 50 individu termasuk ahli politik dari dalam dan luar negara turut menerima wang yang diseleweng daripada syarikat pelaburan kontroversi itu.
![]() |
Najib pernah dakwa wang diterima adalah derma |
Najib berkata, semua transaksi semua wang itu hanya diketahui ketika keterangannya diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sejurus peguamnya menerima dokumen daripada AmBank.
0 Comments