BEKAS Ketua Polis Negara, Musa Hassan gagal dalam permohonannya untuk membatalkan saman fitnah dikemukakan bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Hannah Yeoh terhadapnya.
Keputusan Mahkamah Tinggi itu semalam disahkan peguam Yeoh, Lim Wei Jiet seperti dilapor media.
"Hakim Mahkamah Tinggi Rozana Ali Yusoff menolak permohonan pembatalan, dengan kos RM3,000 diberikan kepada Hannah Yeoh.
"Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 2 April," kata Lim.
Pada 3 Julai tahun lalu, ahli parlimen Segambut mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN) itu memfailkan saman terhadap Musa berhubung tuduhan yang dibuat dalam ucapannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada awal 30 Januari tahun lalu

Musa yang menjadi KPN dari 2006 hingga 2010 didakwa memberitahu forum itu bahawa satu kumpulan yang tidak dinamakan cuba memusnahkan Islam di negara ini. Beliau turut mendakwa menemui kaitan antara kumpulan berkenaan dengan DAP.
Musa juga didakwa menyatakan bahawa Yeoh menulis buku “untuk menjadikan negara ini negara Kristian.”
Melalui saman fitnah itu, Yeoh mendakwa ucapan itu mengandungi kenyataan fitnah yang "sama sekali tidak benar; merendahkan, menyusahkan, palsu, salah dan tanpa asas."Plaintif juga mendakwa ucapan defendan itu "telah dirancang terlebih dahulu, dibuat dengan niat jahat, digerakkan oleh niat jahat pihak defendan untuk merosakkan, mencemarkan nama baik, memfitnah, mencederakan dan/ atau memusnahkan reputasi plaintif dalam persepsi orang ramai dan selanjutnya mendedahkan plaintif kepada kebencian awam, ejekan dan skandal."
Yeoh menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan selain kos relief "yang dianggap wajar oleh mahkamah."
![]() |
Hannah anggap kenyataan Musa sebagai fitnah |
Pada 29 Oktober tahun lalu, dilaporkan defendan memohon membatalkan saman fitnah berkenaan, dengan alasan bahawa kenyataannya dibuat dalam acara tertutup.
0 Comments