Buka Parlimen, buktikan keabsahan Muhyiddin - Salahuddin Ayub


TIMBALAN Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Muhyiddin Yassin tidak lagi  menggunakan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk menunda kejatuhan kerajaan.

Bercakap pada forum dalam talian malam tadi, beliau berkata, kejatuhan kerajaan PN pasti berlaku dan isu keabsahan kerajaan PN dan pengurusan krisis Covid-19 adalah dua agenda yang berasingan dan tidak boleh dikaitkan bersama-sama.

Justeru beliau menggesa supaya Parlimen kembali bersidang supaya keabsahan kerajaan Muhyiddin itu dapat diselesaikan secara muktamad.

“Katakanlah Parlimen kembali bersidang untuk mengesahkan keabsahan PN, kemudian katakan, misalnya, PN jatuh dan kerajaan baharu mengambil alih.

“Bukankah menteri kesihatan yang baharu boleh menangani isu Covid-19? Atau tidakkah perdana menteri baharu dapat memastikan vaksin sampai ke negara ini? Tidakkah menteri baharu boleh menjalankan tugas?

“Jangan berkumpul di depan pintu istana atau gunakan Covid-19 sebagai alasan,” katanya.

Pentadbiran Muhyiddin sebelum ini menggantung sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika pelaksanaan perintah darurat dikuatkuasakan atas alasan langkah itu perlu bagi mengawal pandemik Covid-19.

Jangan jadikan Covid-19  alasan gantung Parlimen


Bagaimanapun Yang di-Pertuan Agong berkata minggu lepas bahawa darurat tidak membatalkan persidangan Parlimen.


Keasbahan kerajaan PN mula dipersoalkan sejak ia ditubuhkan pada Mac tahun lalu.

Ia sekali lagi dipersoalkan selepas beberapa Ahli Parlimen Umno mengumumkan tidak lagi menyokong Ahli Parlimen Pagoh itu.

Salahuddin berkata, PN hanya mendapat sokongan 109 Ahli Parlimen, kurang tiga kerusi majoriti dalam 222 ahli Dewan Rakyat.

“Sebenarnya, sudah tiada lagi kerajaan. Ia sudah tumbang,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments