Buku teks sejarah: Asyraf Wajdi enggan minta maaf


KETUA
Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mempertahan kenyataannya berhubung isu buku teks Sejarah Tingkatan Empat dan enggan memohon maaf kepada  bekas menteri pendidikan Maszlee Malik.

Asyraf mendakwa, kenyataannya sebelum ini tidak memetik nama sesiapa termasuk Maszlee ketika membuat kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, dia tetap mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai pihak yang bertanggungjawab 'mengagung-agungkan komunis' dalam buku tersebut.

“Satu patah perkataan pun saya tidak sebut nama dia (Maszlee), saya hanya beritahu soal kandungan buku teks Sejarah Tingkatan Empat ini perlu di tarik balik dan perlu dipinda.

“Dan penulisan kandungan buku teks ini dimanipulasi dan berlaku zaman kerajaan Pakatan Harapan,” katanya mengulas desakan permohonan maaf dibuat oleh Maszlee.

Sebelum ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tampil dengan kenyataan yang menegaskan buku teks sejarah tingkatan empat melalui proses kawalan mutu yang ketat merangkumi pelbagai proses, sebelum diperakukan sejak April 2018.

Ia dijalankan sebelum HARAPAN memerintah Malaysia setelah mengambil alih kerajaan dari Barisan Nasional.

Proses-proses tersebut, kata KPM, melibatkan Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM, Jawatankuasa Peningkatan Mutu Buku Teks, Jawatankuasa Pembaca Luar dan Jawatankuasa Penilaian Teknikal 4 KPM.

 Asyraf enggan mohon maaf
Mazlee sebelum ini berkata, proses penulisan buku teks itu sudah bermula pada tahun 2017 dan ketika itu menteri pendidikan Mahdzir Khalid daripada parti Umno.

Semalam, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mendesak Asyraf memohon maaf dan menarik semula kenyataannya atau berdepan tindakan undang-undang.

Post a Comment

0 Comments