AHLI PARLIMEN Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil Inisiatif untuk meringankan beban pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) yang berdepan kesukaran susulan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
Dalam satu program diadakan semalam, Anwar menyerahkan 1,000 bagi kepada pelajar yang layak bagi memastikan mereka tidak tertinggal dari sudut pembelajaran yang diadakan secara atas talian.
"Saya sediakan 1,000 tablet untuk pelajar-khusunya khususnya B40. Ini untuk membantu meringankan beban mereka dan memastikan online education ini berjalan," katanya kepada wartawan pada majlis secara 'pandu lalu' itu.
Anwar berkata, pemberian itu juga sebagai bukti kegagalan kerajaan dikepalai Muhyiddin Yassin untuk memastikan pelajar yang tidak bernasib baik dapat mengikut kelas pembelajaran dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
"Kalau keadaan ini tidak ditangani segera oleh kerajaan, khususnya kementerian pendidikan, saya jangka akan terus melemahkan mutu pendidikan terutama di kalangan pelajar miskin bandar dan desa.
"Ini akan menjadi satu masalah besar yang dihadapi oleh negara, kerana untuk setahun lebih ini, pembelajaran anak-anak sangat terbatas dan kurang upaya dari pihak kerajaan menanganinya," katanya.
Sebelum ini, golongan pelajar berdepan kekangan apabila ada antara mereka tidak mempunyai gajet untuk belajar, ada laporan media menyatakan pelajar terpaksa berkongsi telephon pintar ibu mereka dengan adik beradik lain untuk mengikuti PdPR.
![]() |
Anwar bantu mudahkan pembelajaran pelajar |
"Kita dengar di sidang parlimen dulu iaitu disediakan peruntukan. Bila kita bising-bising kementerian kata 'ya akan disediakan' secara pinjaman," katanya.
0 Comments