Suhakam bimbang pemusatan kuasa halang fungsi semak dan imbang


SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menzahirkan kebimbangannya mengenai pemusatan kuasa pihak eksekutif dalam kerajaan sehingga menghalang fungsi tiada semak dan imbang.

Kebimbangan itu menyusul pengumuman Muhyiddin yang pengantungan sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) ksepanjang tempoh proklamasi darurat,

"Suhakam menekankan bahawa parlimen adalah institusi utama demokrasi dan merupakan badan yang diamanahkan dengan fungsi pengawasan bagi memastikan Kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyat.

"Melihat kepada pengumuman ini, Suhakam bimbang tentang ketiadaan semak imbang terhadap penumpuan kuasa eksekutif kerajaan sepanjang tempoh darurat," kata mereka pada satu kenyataan pada Rabu.

Dalam kenyataan sama, mereka menegaskan bahawa proklamasi darurat bagi membendung Covid-19 tidak boleh “dijustifikasikan” kerana kerajaan baru melaksanakan PKP di lima negeri mulai hari ini hingga 26 Jan, yang dilihat mencukupi untuk mengekang pandemik itu.

Bagaimanapun mereka mengingatkan bahawa Darurat yang diumumkan seharusnya berpandukan prinsip hak asasi manusia dan tidak patut digunakan untuk tujuan lain selain daripada menangani wabak Covid-19.

"Dan terus melindungi kebebasan asasi rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam usaha mengawal wabak ini," kata mereka lagi.

Suhakam turut menyeru kerajaan untuk mengatur langkah-langkah yang efektif bagi menyokong pemenuhan hak ekonomi dan sosial rakyat terutamanya golongan rentan yang terjejas oleh Darurat dan perintah kawalan pergerakan.

 Suhakam tuntut langkah jamin kebajikan rakyat


“Langkah-langkah yang perlu diambil kira termasuk sokongan untuk mencari pendapatan, makanan, pendidikan, perlindungan sosial dan kesihatan.” tambah mereka.


Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Proklamasi Darurat juga berkata pilihan raya umum tidak akan diadakan sepanjang perintah darurat yang berkuat kuasa sehingga 1 Ogos 2021.

 

Post a Comment

0 Comments