HAK asasi manusia di Malaysia merosot di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata laporan sebuah NGO antarabangsa.
Human Right Watch (HRW) dalam laporan tahun 2021 yang dikeluarkan semalam melaporkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin secara agresif melanggar kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman serta melakukan serangan terhadap media.
"Kebebasan bersuara dan kebebasan media menjadi terancam setelah perubahan kerajaan ketika pihak berkuasa membuka siasatan hasutan terhadap aktivis Fadiah Nadwa Fikri kerana menganjurkan protes terhadap cara PN mengambil alih kuasa," kata laporan itu.
"Gabungan kerajaan ini menghentikan gerakan reformasi hak asasi manusia yang diusahakan oleh Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Malaysia telah mengalami pencabulan hak asasi manusia yang luar biasa pada tahun 2020. Harapan untuk reformasi hak asasi manusia tidak pernah meningkat begitu pesat di Malaysia atau merosot begitu cepat," kata Phil Robertson, timbalan pengarah HRW Asia.
HRW turut membangkitkan tindakan pihak berkuasa yang membuka kertas siasatan terhadap aktivis dan ahli politik yang mengeluarkan ucapan kritik terhadap kerajaan.
Menurut memereka, kira-kira 250 kertas siasatan dibuat atas dakwaan berita palsu dan hasutan, ia termasuk tindakan terhadap media dan wartawan.
Ia memetik siasatan terhadap wartawan South China Morning Post Tashny Sukumaran dan editor portal berita kesihatan CodeBlue Boo Su-Lyn serta dakwaan penghinaan mahkamah terhadap ketua editor Malaysiakini, Steven Gan.
"Perdana Menteri Muhyiddin Yassin nampaknya berniat mengheret Malaysia kembali ke masa lalu kerajaan Najib (Abdul Razak) yang buruk.
![]() |
PN didakwa hentikan usaha reformasi |
Sebagai rekod, laporan Human Rights Watch World 2021 yang diterbitkan setebal 761 muka surat itu meninjau amalan hak asasi manusia di lebih 100 negara.
0 Comments