SEBUAH kesatuan pekerja membidas Menteri Sumber Manusia M Saravanan yang dilihat hanya bersuara berhubung isu tertentu yang mempunyai kepentingan politik.
Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) J Solomon dalam kenyataan berkata, walaupun sejumlah besar isu penting membabitkan kebajikan pekerja telah dibangkitkan kesatuan itu, Saravanan memilih untuk berdiam diri dan memaparkan sikap angkuhnya.
“Tetapi apabila melibatkan isu cuti Thaipusam di Kedah, beliau segera menyerang Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor kerana tidak mewartakan perayaan itu sebagai cuti peristiwa," bidasnya.
Saravanan sebelum menuduh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu sebagai angkuh dan jahil beliau terhadap penganut Hindu apabila tidak mengadakan sebarang rundingan dengan pemimpin pusat MIC yang mewakili kaum India dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung keputusan itu.
Solomon bagaimanapun berkata, walaupun Saravanan berhak memperjuangkan isu itu sebagai timbalan presiden MIC, alasannya dengan mengatakan parti itu akan terjejas dalam pilihan raya menunjukkan beliau hanya berminat dalam soal politik.
“Bahkan, ia turut mengaitkan segala tindak tanduk beliau kepada kepentingan politik.
“Atas sikap inilah Saravanan meminggirkan pekerja, termasuk pekerja bank dalam pelbagai isu yang melibatkan mata pencarian mereka,” katanya lagi.
Solomon berkata, kesatuan itu sendiri sudah membuat rayuan kepada Saravanan sejak 12 Nov lalu supaya menghentikan penyumberan luar pekerjaan dan aktiviti antikesatuan HSBC yang menafikan pekerja berpendapatan rendah, tetapi tidak diendahkan.
“Beliau enggan menggunakan kuasa menteri di bawah Akta Pekerjaan untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa oleh pengurusan bank yang mencabul hak pekerja.
![]() |
Saravanan dianggap sebagai angkuh |
Tambah Solomon, Saravanan tidak harus bingkas membidas menteri besar Kedah dan lupa kepada perumpamaan “mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”.
0 Comments